• Laman

  • Hari Menulis

    Jun 2010
    I S R K J S A
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    282930  
  • Bio Q10 for Healthy Heart & Anti-Ageing

Sakit Kepala Berterusan: Adakah Tumor Otak?

Beberapa minggu yang lalu, saya pernah ‘highlight’kan tentang masalah sakit kepala yang sebelum ini dipandang remeh oleh beberapa rakan FB. Doktor-doktor yang merawat mereka juga tidak memberikan penerangan yang jelas tentang masalah sakit kepala yang pesakit hadapi.

Saya mencari fakta di beberapa artikel di journal-journal seperti “Brain Tumors N Engl J Med 2001 344: 114-123” oleh Dr Lisa M. De Angelis dan di JAMA, February 2, 2005; 293(5): 557 – 564 “Patterns of Care for Adults With Newly Diagnosed Malignant Glioma” dan artikel S. M, A C Lamont, N A Alias, and M N Win “Red flags in patients presenting with headache: clinical indications for neuroimaging” British Journal of Radioliology, August 1, 2003; 76(908): 532 – 535.

Banyak soalan-soalan yang diajukan oleh rakan-rakan FB, antaranya ialah adakah sakit kepalanya “normal”? Atau adakah sakit kepala yang berpanjangan itu disebabkan oleh “migraine”? Atau disebabkan oleh tumor dalam otak?

Pada saya tidak ada sakit kepala yang normal kerana tanda/gejala sakit kepala sendiri menandakan sesuatu yang tidak normal berlaku pada pesakit.

Jadi kalau pesakit mengalami sakit kepala, ianya tidak normal. Kalau ada doktor atau paramedic yang berkata “sakit kepala awak ini normal”, maka (dengan kemaafan) saya mengangap doktor atau paramedik ini malas untuk menerangkan apa yang sebenarnya berlaku dan mungkin dia mempunyai tahap pengetahuannya yang tidak mencukupi.

Saya memahami perasaan pesakit yang mengalami sakit kepala yang berpanjangan, bertambah teruk dari masa ke semasa dan tidak beransur sembuh.

Maka ramai pesakit yang tertanya-tanya adakah sakit kepala yang dialami merupakan suatu tanda kecil bagi penyakit yang lebih besar, contohnya tumor otak?

Sebelum saya menjawab persoalan itu, elok juga kalau kita memahami secara ringkas apa yang dikatakan sebagai tumor otak. Kemudian kita memahami kaitan tumor itu dengan sakit kepala.

 Apakah Tumor Otak?

Tumor otak adalah perkembangan sel otak secara cepat tetapi tidak normal. Ianya boleh jadi kanser(malignant) yang sangat merbahaya atau jenis bukan-kanser(benign) yang kurang bahaya.

Sel-sel abnormal ini yang membesar dan menjadi tumor, itu boleh jadi berasal dari sel-sel otak itu sendiri yang dinamakan neuron, sel glial, sel astrocytes, sel oligodendrocytes, sel ependymal.

Atau ianya boleh jadi dari berasal dari saluran limfatik (lymphatic tissue), atau saluran darah (blood vessel) atau saluran saraf yang dinamakan myelin-producing Schwann cells.

Sel tumor itu juga mungkin berasal dari saraf cranial nerves, atau selaput otak (meninges), atau tempurung kepala (skull) atau dari kelenjar pituitary dan kelenjar pineal , atau merebak dari kanser di organ lain, (metastatic tumors).

Saya tidak menafikan bahawa sakit kepala sememangnya tanda bagi tumor otak, namun sakit kepala yag disebabkan oleh tumor otak ini mempunyai sifat-sifat tertentu yang membezakannya dari sakit kepala disebabkan oleh masalah-masalah yang lain.

Harus kita ingat bahawa tumor otak adalah bukan satu penyakit yang biasa atau kerap berlaku. Alhamdulillah, Allah tidak menjadi tumor otak ini sebagai pembunuh nombor stu di mana-mana negara.

Saya mengambil contoh di Amerika Syarikat kerana di sana teknologi kesihatan seperti CT Scan dan MRI sangat meluas dan kemudahan kesihatan sangat bagus. Ini membolehkan setiap kanser yang dihidapi oleh rakyatnya dapat didaftarkan dengan baik.

Di United States (US), pada tahun 2005, dianggarkan sebanyak 43,800 kes baru yang didiagnosakan sebagai tumor otak. (rujukan: Central Brain Tumor Registry of the United States, Primary Brain Tumors in the United States, Statistical Report, 2005–2006), yang mana mewakili sebanyak 1.4 peratus dari semua jenis kanser, 2.4 peratus dari semua kematian disebabkan kanser, dan 20–25 peratus kanser yang dialami oleh kanak-kanak. Oleh itu, tumor otak bukanlah kebiasaan penyebab sakit kepala, kerana kebarangkalian untuk mendapat tumor otak adalah sangat kecil.

Sakit kepala yang kronik biasanya disebabkan oleh masalah lain yang kurang serius seperti migrain, allergik (resdung) atau masalah mata.

Apakah kaitan tumor otak dan sakit kepala?

Ruang di dalam tempurung kepala sangat terbatas. Secara asanya ianya mengandungi otak, selaput otak dan cecair cerebro-spinal (CSF). Ruang ini tidak akan membesar walaupun ada sebahagian sel di dalamnya akan membesar (menjadi tumor) atau pertambahan tekanan di dalamnya.

Ruang di situ bukannya seperti ruang di dalam belon. Jika tekanan di dalam ruang belon itu bertambah disebabkan tiupan udara ke dalamnya, ruang dalam belon akan bertambah. Kekenyalan dinding getah pada belon itu, menyebabkan belon mudah bertambah saiznya apabila tekanannya bertambah.

Oleh kerana ruang di dalam tempurung kepala dibatasi oleh tulang tengkorak yang keras, maka jika ketumbuhan otak semakin membesar dalam tengkorak, tekanan di dalam tempurung semakin tinggi.

Apabila dari tekanan dalam tengkorak (intracranial pressure) bertambah, akibat keterbatasan ruang, tekanan itu akan menekan sel-sel lain. Akibatnya pesakit mengalami sakit kepala. Adakalanya diiringi oleh rasa loya dan muntah.

Jika tekanannya terlalu kuat sehingga menghimpit saraf-saraf yang mengawal anggota badan dan organ lain, sudah yentu ianya memberikan kesan negatif pada anggota atau organ itu.

Pesakit akan berasa pandangannya kabur (jika menjejskan saraf mata), pendengaran menjadi kurang (jika menjejaskan saraf telinga), anggota badannya (tangan dan kaki) menjadi lemah jika menjejaskan saraf motor yang mengawal otot itu.

Bagaimanakah Sakit Kepala yang disebabkan oleh tumor otak?

Harus diingat bahawa, sakit kepala bukanlah tanda awal bagi sebarang ketumbuhan/tumor di dalam otak. Ianya selalunya bersama dengan tanda-tanda lain, atau pun sakit kepala terasa apabila tanda-tanda lain telah pun muncul.

Mungkin pesakit akan mendapat sawan dahulu, atau perubahan pada pandangan mata atau pendengarannya. Pesakit juga mungkin akan terasa tangan atau kakinya lemah, seorang-olah sedang menghadapi serangan stroke. Kadang-kala ingatan (memori)nya menjadi tidak menentu dan sering kali lupa.

Ada pesakit bertanyakan saya adakah sakit kepala yang disebabkan oleh tumor di kepala menyebabkan sakit kepala di awal pagi. Saya telah meneliti di beberapa journal, tiada bukti yang menyokong pendapat ini.

Sakit kepala disebabkan tumor otak selalunya akan bertambah teruk apabila saiznya bertambah membesar. Walau bagaimana pun tidak semua pesakit tumor otak yang menghadapi sakit kepala yang kuat, sehingga mengganggu routine hariannya.

Namun apabila sakit kepala menyerang, pesakit bisanya akan terjaga dari tidur seakan-akan ada sesuatu yang menyucuk di dalam tengkoraknya.

Ada pesakit yang tidak tahan dengan kesakitan ini, lalu menghantukkan kepalanya di dinding, sehingga luka di dahi dan keningnya berdarah. Hantukan ini menyebabkan terasa seperti satu kelegaaan sedikit kepada pesakit itu.

Sakit kepala itu selalunya digambarkn sebagai yang ”sukar digambarkan”, (pesakit selalu berkata kepada saya, susah hendak cerita macam mana sakit kepala itu).

Kadang kala sakit kepala itu berdenyut-denyut seperti migraine. Semakin hari sakit kepala bertambah kerap. Kalau dulu mungkin sebulan sekali, ianya bertambah menjdi seminggu sekali dan akhirnya menjadi setiap hari.

Tahap kesakitannya juga bertambah dan seterusnya akan kekal kesakitannya, susah mendapat kelegaan. Mungkin kalau dulu dengan sebiji panadol, ianya memberikan kelegaan, sekarang harus memakan dua biji panadol. Akhirnya mencuba ponstan, synflex, arcoxia dn lain ubat penahan sakit, namun kelegaannya hanya semantara.

Sakit kepala yang disebabkan oleh tumor otak juga bertambah dengan perubahan posisi. Apabila seorang pesakit cuba mengubah kedudukannya, sakit kepalanya bertambah teruk, terutama apabila dia cuba berbaring.

Batuk dan bersin juga menyebabkan tekanan di dalam tekorak (ICP) akan bertambah dan pesakit mengalami sakit kepala yang keterlaluan.

Saya membuat kesimpulan bahawa sakit kepala yang disebabkan oleh tumor otak adalah sangat kompleks dan ianya berbeza dari seorang ke seorang yang lain.

Apa yang menyebabkan doktor mengesyaki sakit kepala itu adalah tumor otak?

Pesakit yang mengalami sakit kepala yang kronik harusnya mencari seorang doktor yang dipercayainya.

Pesakit mampu menilai tahap pengetahuan doktor dengan bertanyakan beberapa soalan tentang penyakitnya. Jika doktor itu cuba mengelak dari menjawab soalan itu atau memberikan jawapan sambil lewa, bermakna doktor itu tidak menepati kriteria yang saya sebutkan.

Doktor juga harus menunjukkan sikap kopentasi (kemahiran) dan cara kmunikasi yang baik. Kriteria yang saya sebutkan tidak semestinya berada pada diri seorang doktor yang pakar.

Ada pesakit mengadu pengalamannnya berjumpa dengan doktor pakar neurology (neurologist), melayan pesakitnya dengan lewa, sehinggakan sakit kepala yang tidak serius dikatakan tumor otak dan manakala sakit kepala yang sangat kuat pula dikatakan tidak apa-apa.

Malah ada doktor dengan mudah melabel seseorang itu mengalami sakit kepala sebgai migraine menyebabkan pesakit sudah mati akal, tidak tahu apa yang harus diharapkankan lagi selain makan ubat penahan sakit saja untuk sakit kepalanya.

Doktor akan memerhatikan kekerapan pesakit berjumpa dengannya, terutama jika pesakit telah datang beberapa kali pada waktu yang dekat. Bagi saya sendiri, kalau pesakit datang dua kali dalam masa sebulan, saya berpendapat sakit kepalanya adalah serius.

Oleh kerana itu pesakit haruslah bersabar menjawab soalan yang dikemukakan oleh doktor wlaupun pada masa itu mungkin pesakit itu tidak mampu menahan kesakitannya. Tanpa menjawab soalan-soalan itu pihak doktor sebenarnya tidak menemukan “clue” kerana sakit kepala mempunyai banyak sebab.

Pihak doktor dapat mengelak dari melakukan keseluruhan ujian yang mungkin tidak perlu jika pesakit memberikan kerjasama dengan menjawab soalan-soalan itu dan menjaga kesabarannya.

Alangkah baik kalau pesakit sendiri dapat menyimpan buku kecil yang mana dia boleh mencatatkan pada masa mana dia mengalami sakit kepala dan apa yg dilakukan ketika itu.

Ini akan mengurangkan soalan-soalan yang dikemukan oleh pihak doktor dan pesakit boleh memberikan jawaban yang tepat. Jika tidk pesakit akan memberikan jawaban “saya tak tahu” atau “saya tidak ingat” menyebabkan pesakit dan juga pihak doktor sama-sama kecewa.

Maka tidak hairanlah saya mendapat ”feedback” dari pesakit yang kecewa dengan konsultasi dengan pakar saraf kerana diberitahu sakit kepalanya “tak ada apa-apa” atau “ ini disebabkan angin dalam kepala”. Semua jawapan yang diberikan doktor ini menggambar kekecewaan doktor terhadap kerjasama dari pesakit ketika menjawab soalan yang diberikan, lalu doktor memberikan jawaban pun yang sambil lewa atau malas.

Doktor perlu tahu dari pesakit, ‘apakah yang menyebabkan punca sakit kepla yang tiba-tiba’. Adakah tatkala itu, pesakit sedang melihat skrin komputer, atau sedang berehat tiba-tiba terdengar bunyi muzik yng kuat dimainkan oleh jiran menyebbkan sakit kepala terus menyerang atau mungkin selepas memakan makan berminyak.

Doktor juga mahu tahu ‘berapa kekerapan pesakit itu mengalami sakit kepala’. Adakah setiap hari? Setiap minggu? Atau di waktu malam atau di waktu tengah hari?

Kadang kala doktor bertanya beberapa soalan yang kadang kala menyakitkan hati pesakit. Namun ianya penting seperti

 1. Adakah sakit kepala ini pernah terjadi sebelum ini atau adalah ini pertama kali?

Pesakit yang sebelum ini mempunyai sakit kepala, mungkin sakit kepalanya kali ini disebabkan oleh allergi dan migraine biasanya tidak membimbangkan.

Namun bagi mereka yang tidak pernah sakit kepala yang terlalu kuat seperti ini, ianya seharusnya diselidik lebih mendalam.

 Bagi pesakit yang sebelum ini pernah dan kerap mengalami sakit kepala, biasanya pesakit dapat memberitahu sama ada kesakitannya bertambah kuat, atau berubah tempat, dari depan kepala ke bahagian kepala, atau mungkin menyebabkan gejala/ tanda-tanda yang lain seperti pendengaran dan pemandangannya menjadi kurang atau anggota badannya menjadi lemah. Perubahan-perubahan ini mungkin disebabkan oleh tumor otak.

 2.Apakah nama ubat yang selalu diambil untuk mengurangkan sakit kepala?

Saya sering menerima rungutkan pesakit apabila soalan ini saya tanyakan. Mereka menjawab dengan marah (mungkin sambil menahan sakit kepala), ”Manalah saya tahu, saya bukannya doktor!”. Ada juga yang memberitahu saya warna ubat yang diambil untuk melegakan sakit kepala.

Walaupun ianya memberikan sedikit clue ttg ubat yang diambilnya, namun ianya tidak cukup bagus. Ini kerana banyak ubat generik yang dihasilkan oleh beberapa buah syarikat pharmaseutikal memberikan warna-warna yang berlainan pada ubat-ubat mereka.

Tujuan soalan ini ditanyakan ialah untuk mengetahui sama ada ubat yang diambil oleh mereka itu adakah di tahap biasa, atau sudah mulai menggunakan ubat-ubat yang agak kuat.

Pesakit haruslah berkata dengan jujur jika mengambil ubat-ubatan dari farmasi secara “over-the-counter” seperti Panadol atau Ponstan. Malah beritahu juga kalau ubat yang diambil merupakan ubatan herba, atau dipreskripsikan oleh doktor lain.

Apa yang penting, doktor mahu mengetahui sama ada ianya berkesan atau tidak. Adakah ianya berkesan buat sementara atau tidak berkesan langsung. Selalunya sakit kepala yang disebabkan oleh tumor otak tidak akan mendapat kelegaan daripada ubat penahan sakit. Kalau ada kelegaaan, mungkin bersifat sementara. Keadaan ini seharusnya menyebabkan doktor akan memikirkan sesuatu yang lebih serius sedang berlaku.

Secara ringkas sakit kepala yang disebabkan tumor otak biasanya akan menyebabkan tanda-tanda lain seperti pandangan semakin berkabur, atau anggota badan menjadi lemah.

Selain itu, sakit kepala menjadi bertambah kuat dan tidak mendapat kelegaan walaupun telah mengambil ubat penahan sakit. Apa yang boleh saya nasihatkan, eloklah berbincang dengan doktor jika pesakit masih rasa keliru dan resah dengan penerangan ringkas saya.

Jika pesakit masih mahukan pengesahan, bolehlah melakukan imbasan CT Scan dan MRI otak, kerana tumor otak sekecil 1cm dpt dikesan melaluinya.

Susunan Dr Zubaidi b Hj Ahmad (010610) http://www.facebook.com/drzubaidi

16 Respons

  1. Info yg cukup bagus. Saya disahkan mengidap tumor otak setelah 4 tahun dirawat sbg pesakit mystenia gravis.Dlm masa 2 minggu slps keputusan MRI saya menjalani pembedahan membuang tumor tsb dan dlm masa setahun dr tarikh pembedahan saya selesai menjalani rawatan radioterapi.Alhamdulillah, sakit kepala tu tiada lagi dan skrg masih tetap dlm pemeriksaan susulan dan pemantauan melalui imbasan MRI.

    • Semoga uan sentiasa dalam keadaan sihat. Nasihat saya teruskan rawatan dan banyakkan berdoa.

  2. Saya sedang mengalami sakit kepala yang amat serius sekarang. Walaupun pernah menjalani rawatan MRI dan tiada tanda-tanda tumor, saya masih lagi sangsi akan keadaan sakit saya ini. Sejal kebelakangan ini setiap hari saya mengalami sakit kepala yang amat serius sehingga mengganggu rutin harian saya. Apabila ia menyerang, mata saya jadi berair, telinga saya berdengung dan seluruh anggota saya menjadi kebas. Otot-otot juga menjadi lenguh dan nafas saya menjadi sesak.Saya telah mencuba berbagai ubatan moden dan tradisional antaranya, propanolol,cafergot, synflex, sumatriptan, arcoxia, meloxicam dan beberapa jenis lagi malangya semua itu tidak lagi memberi kelegaan kepada sakit saya. Sekarang ini saya sedang berikhtiar secara tradisional dan mengamalkan herba2 tempatan. Pohon jasa baik pembaca semua untuk berkongsi cara atau teknik rawatan untuk memulihkan derita saya.

    • Salam, elok buat pemeriksaan darah. Buat sementara waktu minum air secukupnya. Hantar result darah puan ke e mail saya. Insya Allah saya cuba bantu.

  3. Assalamualaikum Tuan Doktor, saya juga meminta nasihat dripada tuan doktor tetntang masalah saya ini. Saya cukup risau tentang kesan sampingan akibat terlalu kerap mengambil ubat penahan sakit yang saya sebutkan di komen saya sebelum ini.

  4. salam.. sejak sy msuk SBP di cheras kuala lumpur, sy mgalami skit kepala yg teruk.. byk kli medical check up, then doc said, ‘myb u tension sgt kt skula’. sy pn fkir mcm tu, byk cra sy da try utk hilangkan stress. skit kpala ni mula myerang sy pd feb 2010, smpi skrg msih skit kpala (12 june 2010). ape yg sy tlah usaha utk hilangkan skit kpala, msih x bjye. sy risau dgn keadaan sy utk mnghdpi plbgai peperiksaan sekolah. ape yg sy rse, skit kepala pd wktu skrg ni da dialami pleh byk pihak. ini mgkin disebabkn cuaca yg telampau pnas di bandar Kl/ di bndar2 besar. adakah sy mghidapi tumor otak? sy bru brusia 16 thun.. sy takut…

    • Salam, pengalaman yang sama ketika saya belajar di matrikulasi UKM di Cheras. Sakit kepala sangat merisaukan saya sehingga saya tidak mampu menghafal nota. Sakit kepala terus berlarutan sehingga masuk ke UKM.
      Nasihat saya : banyak minum air, pastikan 1.5 L sehari atau air kencing menjadi jernih, (biar kerap kencing, tak mengapa). Selain itu amalkan bacaan ayat2 ruqyah.

  5. amalkan sembahyang sunat tahjud, dan sunat hajat,,insyallah dengan izin ALLAH awk akn sembuh

  6. salam dr…saya slalu mgalami skit kpala yg truk..
    bla pg jmpa dktor sume kta mgkin sb sya slalu mnum kopi atau pn stress …
    tp sya pnah skit kpala skali smpaikn tpksa hntukkan kpala kt dnding sb xdpt mnahan skit…tp pastu da krg skit…jd utk elakkan sya skit blik sya bli ubt di frmasi…

  7. saya hampir 3 minggu kena migrain, sakit sangat. dah 3 kali jumpa doc bulan ni, ubat pn xde effect, semalam dah buat ct scan, just tunggu result skrg. tp skrg cuba alternatif buat terapi elektrostatik..

    kalau setakat sakit kepala saya boleh tahan lg, tp kalau dah sakit bahagian muka kiri- mata telinga hidung, gigi gusi semua sakit, memang susah lah.

    saya cepat sejuk skrg, suhu aircond 22 degree celcius pun buat saya pakai baju 3 4 lapis, terketar2 lg.

    dr saya nak tanya, semua ni mungkin disebabkan kesan bahan2 kimia yg carcnogen jugak ke doc, sebab saya buat praktikal di jab kimia yg buat analisis kimia.. terima kasih.

  8. salam,dr saya dah lama mengalami sakit kepala sehinggakan sakit kepala saya kerap sekarang ni,saya akan mula rasa sakit dan senak di bahgian kiri mata diikuti rasa mual dan nak muntah hinggakan kepala rasa berpusing.bila mkn panadol 3 biji dlm beberapa jam slps itu ok.tapi kpla still rasaberat je .saya nak tahu apakah jenis dan penyakit saya ni dan apa saranan doktor terima kasih

  9. salam doktor sya da lma mengalami sakit kepala pada rya taun lepas sya jatuh tga slpas itu dua tiga hari kejadian tu telinga sya berdarah sya telh membuat pemeriksaan kt klinik swsta dan dokt memberithu telinga sya key ia suh sya pergi ospital untuk rawatan lanjut krna mungkin da pendrhan dlm otak . .slps itu sya mengalmi sakit kpala berterusan dulu 2 bulan sekali sakit panadol 1 biji trpksa sya teln 2 bji tok kelegaan . . da juga sya trpksa antuk kpla didinding seb terlalu skit ia menyucuk dlm kpla sya . .sya telah dimsukkan kewad seb sakit kpla yg amat sngt smpaikan doktr kat ospital bgi ubat than sakit x berkesan pda kpla sya . .msih agi menyucuk . . slps tu dokt tya smada kpla da key atau tak tpi sya mgeleng kpla tngan memegag rmbut akibat skit yg amat . .doktr mengambil sampel darh dan slps itu doktr bgi ubat thn sakit skli lagi tpi kpla sya msih berdenyut . .dokt telh wat tmujji tok sya dan memeriksa keadaan sya tpi ia apa yg sya dapti dokt gtau sya migrain . .dokt telah pesan makann dgig.nescafe,kopi dan coklat tidak boleh mkn . .sya muntah kdg2 kuar drah . .kpla sya cm menyucuk2 kedlm kpla . pndgan mta sya kdg2 xbpa jelas pendgran pom ada kurng . . kdg2 sya lupa . .sya xleh dgr byi kuat sb ia mberi ksan pda kpla sya sampai nk pitam . .sya cuma nk tau adakah sya boleh mengalami tumor otak akibat sakit kepala memjang?sekrng ni rmbut sya byk yg gugur . .sya sekrg msih agi bljr ipts sya cuma nk tau pda pndgan doktor sdri keadaan sya ini . . terima ksih

  10. Salam doc, saya terlalu kerap sakit kepala, setiap pagi ketika bangun dari tidur kepala saya sgt sakit, yg peliknya kenapa ianya berlaku setiap kali bangun dari tidur dan akan berpanjangan jika saya tidak mngambil ponstan, skrg saya mesti akan bergaduh pada ponstan bg mngelak kepala ini mnganngu kerja saya. Saya jga sudah berulang kali pergi klinik swasta, tpi doc hnya ckp saya terlalu stress, tekanan darah ok.. cuma stress, tpi xkan stress shingga setiap pagi mngalami kapala sakit.. boleh doc tolong bg cadangan..

  11. Salam doc, saya terlalu kerap sakit kepala, setiap pagi ketika bangun dari tidur kepala saya sgt sakit, yg peliknya kenapa ianya berlaku setiap kali bangun dari tidur dan akan berpanjangan jika saya tidak mngambil ponstan, skrg saya mesti akan bergantung pada ponstan bg mngelak kepala ini mnganngu kerja saya. Saya jga sudah berulang kali pergi klinik swasta, tpi doc hnya ckp saya terlalu stress, tekanan darah ok.. cuma stress, tpi xkan stress shingga setiap pagi mngalami kapala sakit.. boleh doc tolong bg cadangan..

  12. salam…doktor..izinkan saya bertanya …
    kepala saya sakit di bahgian kiri. semakin teruk..mgambil masa yg lama tuk pulih…dulu sakit kepala sy skjap sahaja….tapi skrng….waktu saya berjalan.solat buat aktiviti lain.cam pening .berdenyut..kepala saya tetap juga sakit…kalau saya bngun pagi kpala saya akn berdenyut….bolehkah doktr terangkan…adakah itu hnya sakit biasa…tima kasih

  13. Salam doktor,
    saya ada keraguan pada masa ini…
    saya mengalami sakit kepala (berdenyut & berpusing2) sejak minggu lalu dan sehari dua ni ia makin teruk di mana saya rasa badan saya tidak balance dan badan menjadi lemah…
    saya telah membuat pemeriksaan di klinik dan doktor mengatakan mungkin masalah hormon saya yang tidak stabil kerana berhenti dari makan pil perancang..
    masalahnya saya berhenti memakan pil tersebut sudah 3 bulan dan sebelum ini tidak menghadapi sebarang masalah…
    kini saya juga berasa loya dan seperti nak muntah…(tapi tak muntah). doktor juga mengsahkan saya tidak mengandung dan saya juga yakin saya tidak mengandung atas alasan saya sendiri.
    isunya, saya tak pernah berasa sakit kepala sebigini dan hari ini ia semakin teruk di mana saya rasa sekeliling saya berpusing secara perlahan2 dan badan saya terasa sangat lemah…saya juga ada rasa satu part di kepala yang sangat2 sakit..
    apa yang perlu saya lakukan?
    untuk makluman doktor saya juga pernah mengalami mirain satu waktu dulu masa saya belajar dulu..itu dah lama… dan sakit yang saya hadapi sekarang tak sama macam tu…
    apa yang perlu saya lakukan doktor ye? adakah ini sakit kepala biasa atau saya perlu dapatkan second opinion?
    saya risau kerana pakcik saya telah meninggal kerana brain tumor ni…dia dapat tahu mengenai penyakit tersebut apabila sudah di stage ke-4….
    terima kasih

Komentar ditutup.