• Laman

  • Hari Menulis

    Oktober 2017
    I S R K J S A
    « Ogo    
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Bio Q10 for Healthy Heart & Anti-Ageing

ASHERMAN’S SYNDROME: Lekatan Dinding Rahim

Lekatan dinding rahim

Saya masih ingat bagaimana resahnya seorang ibu muda yang baru mempunyai seorang anak. Oleh kerana dia tidak bersedia untuk menerima ‘rezeki’ kedua, maka kandungan kehamilannya digugurkan beberapa bulan yang lalu.

Apa yang merungsingkan beliau ialah walaupun setelah 3 bulan menjalankan proses pengguguran itu dengan menggunakan teknik D&C, dia masih lagi merasakan sakit di bahagian ari-ari (suprapubic) dan haidnya tidak menentu.

Dan yang lebih merunsingkan lagi, setelah mendengar kata-kata dari rakan-rakannya, dia sering bertanya “mampukah dia mengandung semula selepas ini”

Berlainan pula dengan seorang lagi wanita muda yang mempunyai tiga orang anak. Masalahnya bermula setelah anaknya yang terakhir berumur 10 tahun itu semakin membesar. Beliau terasa sunyi dan dan mahukan seorang lagi anak.

Masalah beliau ialah beliau selalu keguguran semasa kehamilan apabila umur kehamilan mencecah 2 bulan. Beliau telah mengalami tiga kali keguguran secara spontaneous. Semuanya berlaku akibat D&C yang pernah dilakukan empat tahun lalu.

Apakah semua simptom seperti haid tidak teratur, keguguran kehamilan (miscarriages) berulang kali dan sakit di kawasan ari-ari (suprapubic) adalah berkait rapat dengan prosedur D&C yang pernah mereka lakukan?

Jika ianya benar, apakah peluang untuk kehamilan yang akan datang?

 

Bagaimana lekatan (adhesion) ini berlaku?

Lekatan pada rahim seperti ini dinamakan Asherman Syndrome, dan ianya tidak berlaku pada rahim yang normal.

Ia selalunya berlaku pada rahim sedang mengandung. Pada ketika itu rahim berada dalam keadaan yang amat fragile akibat akibat kesan dari hormone Progestrone.

Dalam keadaan biasa, rahim mempunyai ruang lompang yang dikenali sebagai uterine cavity, diselaput oleh satu lapisan tisu yang dikenali sebagai endometrium.

Lapisan ini mempunyai sifat untuk bertindakbalas dengan pantas terhadap trauma atau kecederaan. Ia akan membaiki sendiri  (self-repairing) dengan mudah. Selain itu, sifat endometrium itu sendiri yang sentiasa tanggal (shed off) setiap bulan apabila tidak persenyawaan berlaku mengakibatan pendarahan haid.

Kebanyakan kes begini berlaku berkaitan dengan prosedur D&C berlaku pada rahim yang mengandung pada usia kehamilan antara 12 dan 20 minggu.

D&C biasanya dilakukan untuk mengeluarkan janin bayi yang telah mati setelah berlaku keguguran kehamilan, atau menggugurkan bayi dengan sengaja.

Kecedaraan dan trauma pada dinding rahim yang sedang mengandung menyebabkan radang (inflammation) yang teruk pada dinding rahim. Apabila proses penyembuhan berlaku, ianya menyebabkan parut (scarring). Akhirnya kedua-dua dinding rahim akan melekat antara satu sama satu dengan yang lain.

Ramai doktor mengakui bahawa kelekatan dinding rahim biasanya disebabkan oleh rawatan surgical procedur  (sebagai contoh D&C) pada rahim ketika mengandung, terutama jika ada komplikasi jangkitan kuman, yang mana tidak dikesan dan tidak dirawat.

 

Ujian yang dilakukan

Asherman’s syndrome biasanya tidak memberikan tanda yang khusus. Ini bermakna jika seseorang wanita mengalami kitaran haid yang tidak menentu di samping selalu keguguran, sakit suprapubic dan pernah menjalani proses D&C, kemungkinan besar dinding rahimnya telah melekat, lalu keadaan ini dinamakan Asherman’s syndrome.

Pemeriksaan gynaecology iaitu pemeriksaan pelvik yang rutin mungkin tidak akan memberikan apa-apa tanda, selalunya ianya didapati normal.

Ujian yang biasa dijalankan dinamakan hysterosalpingogram, di mana ujian X-ray pada rahim yang telah disuntikkan pewarna (dye) agar imej x ray akan menunjukkan sama ada dinding rahim itu melekat atau tidak.

Ujian hysteroscopy dilakukan dengan lebih baik apabila kamera dimasukkan ke dalam rahim. Kali ini bukan imej x ray yang dilihat, tetapi imej yang lebih nyata dilihat keadaan dalam rahim tersebut.

 

Kemungkinan untuk hamil

Ramai yang musykil tentang kemungkinan untuk mengandung lagi. Ramai yang mencuba pelbagai produk MLM, ‘urutan menaikkan rahim’’ ‘bersengkak’ dan tidak kurang juga berjumpa bomoh dan mencuba jampi dan tangkal.

Walau bagaimana pun, pesakit yang mengalami Asherman’s syndrome boleh dirawat dengan melakukan pembedahan untuk membuang selaput yang menyebabkan kedua rahim itu melekat antara satu dengan yang lain.

Satu kajian telah dilakukan dan mendapati kira-kira 70-80% dari wanita yang tidak subur akibat penyakit Asherman’s syndrome ini berjaya mengandung setelah melakukan rawatan yang betul dan sempurna.

Namun begitu, faktor umur memainkan peranan dalam proses kehamilan semula walaupun setelah rawatan dan pembedahan dilakukan. Jika wanita itu berumur  35 tahun ke bawah, dirawat kemungkinan untuk mengandung ialah 66.6% berbanding dengan 23.5% jika wanita itu berumur 35 ke atas.

Maka saya juga menasihatkan para wanita supaya berhati-hati jika mengmbil keputusan untuk melakukan D&C, terutamanya ketika mahu melakukan pengguguran tanpa sebab syarie dan perubatan. Pengguguran secara haram terutama di klinik bukan Islam yang kebersihan peralatannya diragui, boleh mengundang jangkitan kuman pada rahim yang sihat. Akibatnya bukan saja Asherman Syndrome tetapi pelbagai risiko perubatan yang bertandang.

 

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (100710)

http://www.facebook.com/drzubaidi

Advertisements

Takut Pada Jarum: Benar atau Mengada-ngada?

 

Sampai pitam?

Semasa bekerja di hospital awam, saya pernah mengalami peristiwa, pada waktu itu saya merasakan peristiwa itu lucu.

Sedang saya mengambil darah untuk ujian rutin dari seorang isteri, di hadapan suaminya, tiba-tiba saya mendengar bunyi seperti ”nangka yang masak jatuh dari dahan”. Rupa-rupanya suami si pesakit tadi pitam, melihat jarum dan darah dari jauh.

Satu ketika pula ketika saya memberikan suntikan kepada seorang pegawai polis bermisai lebat di punggungnya, dia berjalan bersahaja ke ruang menunggu ubat dan tiba-tiba dia jatuh akibat pitam.

Dalam kedua-dua kes itu saya membiarkan mangsa yang pitam itu terus berbaring di lantai. Ini akan memastikan darah dari tubuhnya mengalir semula ke otak. Alhamdulillah, setelah beberapa minit, mangsa yang pitam tadi telah sedar semula.

 

Sejauh mana kebenaran ketakutan ini?

Dalam istilah perubatan ketakutan pada jarum dinamakan sebagai trypanophobia , iaitu ketakutan yang melampau dan ‘ketakutan tidak masuk akal’ terhadap prosedur perubatan yang menggunakan jarum. Ini termasuk semua bentuk suntikan memasukkan ubat, pengambilan darah atau pun apa-apa saja yang melibatkan penggunaan jarum.

Ianya melibatkan lebih kurang 10 peratus dari masyarakat. Mereka ini mengelakkan diri dari pergi ke hospital dan lebih rela mati dari membenarkan diri mereka dilakukan apa-apa prosedur melibatkan jarum. Ramai juga yang mati akibat kejutan dari ketakutan ini.

Tidak banyak catatan dalam journal perubatan. Hanya satu catatan komprehensif mengenai ketakutan pada jarum ini dalam penulisan perubatan, iaitu: Needle Phobia: A Neglected Diagnosis oleh Dr James G. Hamilton, M.D. terbitan 1995 dalam The Journal of Family Practice. [Vol. 41, No.2, pp. 169-175]

Doktor dan jururawat staf yang terlibat dengan pesakit haruslah melihat masalah ini sebagai masalah yang seius. Pesakit bukannya mengada-ngada.

Pesakit mungkin pengsan dan ada yang mungkin terus mati apabila ditunjukkan jarum! Kelakar kan? Tidak, ianya adalah keadaan ketakutan yang  benar, bukannya dibuat-buat, mengada-ngada dan dipertunjukkan untuk bahan ketawa. Apabila melibatkan nyawa, ianya adalah sesuatu yang serius.

 

Takut jarum atau takut sakit?

Trypanophobia mempunyai beberapa jenis. Kebanyakannya memerlukan rawatan perubatan, namun sebahagiannya pula tidak. Ini kerana mereka sebenarnya bukannya takut pada jarum itu sendiri, tapi takut pada prosedur yang melibatkan jarum itu mungkin menyakitkan.

Oleh itu harus dibezakan sama ada takut kepada jarum, atau takut pada prosedur yang menyakitkan itu. Ketakutan yang benar-benar pada jarum inilah yang dikenali sebagai ”trypanophobia”.

 

Cetusan ketakutan  

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana puncanya seseorang boleh takut kepada jarum yang halus? Menurut Dr. James G. Hamilton, ketakutan jarum ini bermula dari ketakutan terhadap gigitan binatang buas atau berbisa, kemudiannya ketakutan berevolusi pada ketakutan apabila kecedaraan tikaman pisau dan pedang, dan akhirnya berevolusi menjadi ketakutan pada jarum.

Ketakutan ini melibatkan baka keturunan (genetik), bermakna jika ada di antra ahli keluarga yang takut jarum bermakna, ahli keluarga yang lain juga mungkin takutkan jarum juga. Cuma kemungkinan ahli keluarga yang lain tidak mempunyai tahap ketakutan yang serius.

 

Membezakan beberapa jenis ketakutan jarum  

Ketakutan jarum ini berkait dengan ketakutan lain. Namun ketakutan pada jarum ini mempunyai tahap pelbagai.

Vasovagal  

Ini adalah ketakutan jarum yang benar. Ia biasanya dialami oleh lelaki dan disebarkan oleh baka keturunan yang sama.

Ianya dari reaksi vasovagal refect reaction, menyebabkan tekanan darah menjunam secara tiba-tiba menyebabkan pesakit pitam dan pengsan.

Mereka bukan saja takut melihat, malah membayangkan jarum di minda sudah cukup unuk membuatkannya berpeluh, loya, pucat dan rasa panik.

Mula-mula tekanan darah  melonjak tinggi dan degupan jantung menjadi kencang, kemudian tekanan darah menjadi rendah dan degupan jantung menjadi perlahan. Jika tidak diberikan pertolongan kecemasan, dia boleh meninggal dunia.

 Associative 

Ketakutan jenis ini bermula di waktu kanak-kanak. Setengah kanak-kanak mula menjadi ‘berani’ apabila meningkat remaja, namun ada yang terbawa-bawa sehingga ke dewasa. 

Associative trypanophobia bermula apabila ada pengalaman melihat peristiwa di mana rakan-rakan mereka yang menjalani pengalaman sakit bila melibatkan prosedur jarum.

Contohnya ketika berkhatan, sama ada ketika mahu dibius atau ketika mahu dipotong kulitnya. Ianya lebih kepada ketakutan akibat trauma, bukannya jarum itu sendiri.

Akibatnya pesakit mengalami gangguan psychologi seperti kerunsingan yang keterlaluan, tidak boleh tidur, asyik memikirkan prosedur yang bakal dihadapi dan cepat panik.

Resistive atau Hyperalgesic 

Sesetengah kita boleh menahan sakit, namun ada sebahagian kita langsung tidak mampu menahan sakit. Cucukan jarum tidak menberikan kesakitan pada seseorang, boleh jadi menjadikan kesakitan yang luar biasa pada pesakit lain.

Ianya bermula apabila menyaksikan orang lain menjalani prosedur yang melibatkan jarum. Ia membayangkan dan terasa seolah-olah jarum itu menucuk mereka. Ini menyebabkan dia menjadi takut, panik dan pitam.

Pengkajian neuroscience mendapati perasaan apabila melihat orang lain dicucuk telah mengaktifkan kawasan otak tertentu. Kawasan otak ini kebiasaannya diaktifkan apabila seseorang itu benar-benar dicucuk.

 

Ketakutan yang kait-mengait?

Trypanophobia adalah suatu ketakutan mental yang amat berkait dengan  ketakutan yang lain. Sebagai contohnya ketakutan pada doktor disebut sebagai iatrophobia, akibat mengaitkan jarum dan kerjaya doktor.

Pesakit yang takut kepada jarum tidak semestinya berada di bilik doktor untuk merasakan ketakutan, panik dan kerisauan itu. Ada banyak faktor lain yang menyebabkan perasaan itu wujud.

Di antaranya ialah kecederan menyebabkan pendarahan, melihat jarum itu sendiri atau gambar jarum sahaja, pin kertas, bilik bedah, bangunan hospital, baju makmal yang putih, doktor, dentist, jururawat, atau  bau bahan antiseptik.

 

Tip-tip yang dapat membantu   

Keberkesanan behavioral therapy bergantung kepada pesakit dan tahap ketakutannya. Jika ketakutan anda terhadap jarum tidak serius, cuba lakukan tip-tip berikut:

  1. ”Jangan menganggapnya sesuatu yang memeningkan kepala” Jangan memikir tentang jarum, berapa besar jarum yang bakal digunakan atau suntikan yang akan diberikan. Memikirkan semua perkara itu akan menyebabkan kerisauan bertambah.
  2. ”Fikirkan perkara lain” Cuba alihkan perhatian. Bawalah kawan-kawan yang boleh memberikan sokongan. Fikirkan perkara-perkara yang menggembirakan dalam hidup anda.
  3. ”Teruskan saja” Maklumkan kepada doktor bahawa anda takut kepada jarum, tapi mahu ianya dilakukan dengan pantas. Jika berlengah, suntikan itu akan mengambil masa yang lebih lama.
  4. ”Jangan lihat ” Jika anda melihat jarum mencucuk ke dalam diri anda, kemungkinan anda rasa menyesal, menyumpah dan menggerakkan tangan pula. Ini akan melambatkan prosedur itu.
  5. ”Aku kan sudah dewasa” Fikirkan anda bukannya kanak-kanak lagi, dan jarum itu bukannya pisau yang boleh membunuh. Bayangkan ianya hanya gigitan nyamuk yang kecil.
  6. ”Relax!” Ingat untuk bertenang, lihat benda lain ketika dicucuk,  bertasbih dan bertahmid, mohon pertolongan Nya dengan berdoa agar Allah mudahkan suntikan itu.
  7. Jika semua perkara di atas tidak membantu dan anda masih lagi merasa pening, loya dan lemah, beritahulah doktor. Jika suntikan itu wajib diberikan, mintalah dilakukan dengan berbaring. Ini mengurangkan rasa hendak pitam itu.

 

Kesimpulan

Ketakutan pada jarum (Needle Phobia) yang serius boleh menyebabkan kematian secara langsung, apabila pesakit tidak mahu ke hospital walaupun kesihatannya tenat.

Kematian juga boleh disebabkan perasaan panik dan pitam akibat tekanan darah bertambah rendah. Tanpa rawatan kecemasan, pesakit boleh meninggal dunia apabila darah tidak sampai ke otak melebihi lima minit atau akibat pitam, kepalanya mungkin terhantuk ke benda tajam dan menyebabkan kecederaan kepala dan otak.

Kemalangan-kemalangan seperti ini jarang direkodkan kerana pesakit trypanophobia tidak pergi mendapat rawatan kerana takutkan jarum dan hospital. Ini semua menyebabkan kematian di usia muda atau premature death.

Susunan : Dr Zubaidi b Hj Ahmad (27/06/2010)

http://www.facebook.com/drzubaidi

Pelvic Pain: Adakah Perlu Dibedah Segera?

Normal physiology atau penyakit ?

Saya sangat simpati dengan wanita yang sering mengalami masalah sakit di bahagian abdomen bawah. Sebenarnya ramai wanita yang mengalami sakit perut (pelvic pain) dari masa ke semasa sepanjang hidup.

Kesakitan sebegini ada kalanya merupakan normal physiology seorang wanita seperti senggugut dan sakit ketika melahirkan. Kesakitan seperti ini menunjukan bahawa fungsi physiology mereka adalah normal. Namun ada juga kesakitan yang terlalu parah memerlukan rawatan segera dan pembedahan.

Saya berdoa setiap wanita muslimah diberikan kekuatan untuk menghadapi kesakitan seperti ini. Saya mengharap juga agar artikel ringkas ini dapat membantu wanita muslimah khasnya memahami kesakitan yang mereka alami.

Artikel ini berguna agar dapat membezakan antara kesakitan yang merupkan normal physiology atau kesakitan yang disebabkan oleh penyakit yang benar dan merbahaya.

Selepas ini dalam artikel ini akan menyebut kawasan perut (abdomen) di bahagian bawah sebagai pelvic. Kesakitan di bahagian itu pula disebut sebagai pelvic pain.

Reproduktif atau Non-Reproduktif organ?

Saya banyak merujuk kepada kuliah yang diberikan oleh Prof Dr Paul D. Indman, M.D, pakar Gynaecologist di Carlifornia, USA dalam artikel ini.

Untuk pengetahuan semua, banyak organ yang terletak di bahagian pelvis. Ada di antara organ itu terlibat dalam sistem pembiakan/reproduktif  (productive system).  Antaranya ialah  uterus (rahem), ovaries, fallopian tubes.

Terdapat juga organ yang tidak terlibat dalam sistem reproduktif, tetapi terlibat dalam sistem perkumuhan, sama ada system pembuangan kencing (urinary system) seperti punding kencing (urinary bladder), salur kencing ureter, salur kencing urethra atau ginjal kidney.

Begitu juga ada organ yang terlibat dalam sistem penghadaman (digestive system) seperti usus keci, usus besar colon, rectum dan  appendix . Organ-organ ini semua berada di kawasan yang sama.

Oleh kerana organ-organ ini berada d satu kawasa yang sama dikenali sebagai pelvis, maka jika kesakitan itu berasal dari organ bukan reproduktif kesakitan ini juga dirasakan seolah-olah berpunca dari organ reproduktif.

Terdapat juga kesakitan yang bukan berasal dari mana-mana organ, tetapi berasal dari otot dinding  abdomen (abdominal rectus). Jadi sakit di bahagian perut kadang-kala mengelirukan dan memerlukan skill dan teknik betu semesa pemeriksaan fizikal.

 

Pilihlah doktor yang boleh berkomunikasi

Oleh kerana itu berbincanglah dengan doktor yang puan percaya dan boleh berkomunikasi dengan baik. Saya percaya semua pakar gynaecologist adalah doktor pakar sakit puan yang bertauliah dan terlatih. Namun ianya bukan krieria unggul untuk memilih doktor.

Doktor harus ada masa untuk berbincang dengan pesakit tentang penyakitnya. Kebanyakan doktor yang terkenal dan berpengalaman mempunyai ramai pesakit. Mereka juga mungkin sibuk dengan sesi pembedahan, sesi consultation di bilik rawatan, menghadiri seminar, memberikan presentation di kalangan doktor-doktor lain atau menghadiri meeting hospital.

Ini tidak bermakna juga saya tidak mencadangkan doktor yang berpengalaman dan terkenal. Haruslah mengimbangi pemilihan itu agar penyakit puan dapat dijelaskan dengan baik.

Pesakit boleh meminta pendapat dari beberapa orang doctor lain sebelum keputusan itu dibuat, terutama yang melibatkan pembedahan. Pesakit boleh mendapatkan pandangan kedua, ketiga da keempat sehingga pesakit faham masalah yang dihadapinya.

Kekeliruan pesakit akan menyebabkan fikirannya akan lebih menderita dari organ dalam pelvic pain itu sendiri. Banyak kes-kes kemurungan di kalangan pesakit hanya kerana tidak memahami yang yang berlaku kepadanya.

Mungkin ada sedikit percanggahan pendapat di kalangan doktor, namun pesakit harus faham semua percanggahan akademik ini berlaku pada setiap bidang.

Malah di bidang agama juga, ada beberapa pendapat yang bercanggah namun harus diketahui substance bagi permasalahan itu tidak ada berubah. Semua ulama bersatu pendapat.

Begitu juga dengan bidang perubatan. Percanggahan pendapat hanya berlaku di sekitar cara rawatan saja, sama ada perlu dibedah atau tidak.

Seeloknya setiap pesakit mempunyai doktor peribadi  yang dikenali dan boleh dipercayai (trust). Jika pesakit mengalami masalah yang teruk dan memerlukan pembedahan, maklumkan kepada pakar Gyn atau doktor yang menjaga.

 

Apa yang perlu dibedah segera.

Kesakitan itu menunukkkan ianya adalah kesakiatan yang seiuos perlu dibedah dalam masa yang segera. Sebagai contoh ialah kehamilan di luar rahem yang sudah pecah (ruptured tubal pregnancy) atau appendicitis.

Kadang kala kesakitan pada pelvic mungkin menandakan ianya organ bermasalah dan memerlukan rawatan tetapi ianya bukan sesuatu yang urgent. Sebagai contoh endometriosis dan tumour fibroid yang semakin membesar.

Kesakitan yang disebabkan oleh sesuatu yang menjadi sebahagian daripada normal fungsi fisiologi reproduktif selalunya akan berakhir sendiri tanpa memerlukan rawatan . Kesakitan ini mungkin terlalu sakit tetapi ianya akan beransur pulih sendiri tanpa dirawat. (self-limited).

Di antaranya ialah yang selalu para doktor istilahkan sebagai  “functional” ovarian cyst. Ianya disebabkan oleh ovari akan memecahkan cyst yang normal (untuk mengeluarkan ovum).

Doktor mudah terangkap dengan melakukan pembedahan apabila pesakit mendesak doktor melakukan pembedahan kerana tidak tahan sakit atau desakan menggunakan kabel politik.

Desakan-desakan begitu akan membuatkan kedua-duanya, doktor dan pesakit merasa hampa apabila bila dibedah didapati bahawa organ di pelvisnya normal. Mungkin hanya disebabkan oleh kencing kotor (urinary tract infection) saja.

Pelvic Pain yang benar-benar kecemasan.

Pelvic pain adakalanya merupakan masalah yang serius. Tanpa rawatan yang segera ianya boleh mengancam nyawa. Rawatan segera yang saya maksudkan ialah pembedahan dalam masa 24jam atau kurang dari itu.

Antara masalah yang serius ialah ruptured tubal (ectopic) pregnancy. Ianya adalah hamil di luar rahem, iaitu di fallopian tube (tiub yang mengubungkan ovari dan uterus)

Kebanyakan wanita yang hamil luar rahem mengalami pendarahan seperti haid biasa,maka tidak menyangka yang dia hamil.

Bagi doktor yang kurang berpengalaman memeriksa pesakit akan terlepas pandang menyebabkan diagnosa ectopic pregnancy terlewat dan menjadi pecah tidaklama kemudian.

Setengah pakar O&G mencadangkan agar semua wanita dianggap sebagai mengandung dan harus diuji air kencingnya sehingga ianya dibuktikan sebaliknya. Ini termasuk Prof Dr Paul D. Indman,MD.

Kegagalan untuk melakukan ujian kehamilan bagi wanita yang hamil di luar rahem adalah sesuatu yang malang. Saya pernah mengalami peristiwa beberapa wanita yang kononnya tidak mengandung, berakhir dengan ujian kehamilan yang positif.

Apa yang perlu dilakukan ialah mungkin pemeriksaan ultrasound di awal kehamilan untuk menentukan kandungan janin (fetus sac) berada di dalam rahem.

Bagi mereka yang menghadapi ovarian cysts anganlah bimbang. Kebanyakan ovarian cyst tidak memerlukan pembedahan yang segera atau serta merta.

Cuma ada kalanya ovarian cyst mengalami simpulan (twist)  dan menyebabkan darah tidak sampai ke ovari. Jika ini berlaku, pesakit akan mengalami pelvic pain yang serta merta, kuat dan tidak tertanggung.

Pembedahan harus dilakukan segera, untuk menghuraikan simpulan itu. Jika dilakukan segera ianya berkemungkinan akan sembuh dan menjadi normal. Jika tidak, ovari akan “mati” dan perlu dibuang.

Ovarian cyst juga boleh pecah dan mengalami pendarahan dalaman, jika pendarahan terlu banyak, ianya boleh menyebabkan kekurangan darah. Namun jika terlalu sedikit, ada setengah doktor tidak melakukan pembedahan, jika pesakit itu berada dalam keadaan stabil dalam masa 24 jam.

Jangkitan kuman pada Pelvic

Jangkitan kuman chlamydia atau gonorrhea sekarang di Malaysia semakin berkurangan. Namun dengan kebanjiran pendatang asing ke Malaysia penyakit-penyakit kelamin ini sering muncul .

Penyebarannya melalui aktiviti seks. Seorang penghidap Gonorrhoea dari negara asing misalnya melanggani seorang pelacur, lalu menjangkitinya. Pelacur itu kemudian dijangkiti oleh pelanggan barunya iaitu rakyat Malaysia lalu menjangkitinya. Pelanggan baru itu pulang dan melakukan jimak beberapa hari kemudian bersama isterinya. Isterinya sekarang mengalami penyakit gonorrhoea.

Ianya harus dirawat segera jika tidak ianya menyebakan jangkitan kuman yang menyeluruh di bahagian pelvic. Untuk beberapa hari pertama, kadabg kala penyakit ini mungkin tidak menyebabkan demam. Namun jika pesakit mendapati ada lendiran yang kuning serupa nanah, harus segera berjumpa dengan pakar gynaecologist.

Jika ianya lambat didiagnosa, rawatan tidak dapat diberikan. Akhirnya ia menyebabkan kerosakan teruk pada organ pelvis. Selain kesakitan, organ pelvis itu mungkin tidak boleh berfungsi dengan baik.

Malangnya sikap org Asia yang malu untuk berjumpa kecuali jika ianya benar-benar teruk. Seorang doktor tidak boleh menjadi hakim dan menjatuhkan hukuman pada pesakit.

”Padan muka awak!” kata seorang doktor yang geram dengan seorang pesakit syphlis. Kata-kata itu tidak seharusnya diucapkan kecuali kata-kata nasihat dan hikmah apabila doktor itu sendiri mengetahui punca pesakit itu menderita penyakit itu.

 

Mendiagnosa adalah usaha yang mencabar

Kesakitan pada bahagian pelvis haruslah dirawat, untuk merawat pula diagnosa haruslah dilakukan dengan segera dan tepat.

Untuk mendapat diagnosa yang betul agar puncanya dapat diketahui, pesakit haruslah bersabar dengan doktor yang bertanya. Ianya adalah kaedah history taking yang biasa dilakuan ketika menemuduga pesakit.

Antara soalan yang akan ditanya doktor ialah :

Bila kesakitan itu mula dirasakan? Adakah ianya bermula sejam yang lalu, beberapa hari lalu , minggu atau beberapa bulan yang lalu?

Adakah kesakitan itu berkurang atau bertambah ketika datang haids?

Adakah hubungan jimak (sexual intercourse) menyebabkan kesakitan itu?

Adakah kesakitan itu tidak berapa parah, cuma merunsingkan? Atau kesakitan itu sangat parah sehingga mengganggu aktiviti seharian?

Adakah berisiko untuk mengalami penyakit kelamin (sexually transmitted diseases)

Adakah pesakit hamil atau berkemungkinan hamil?

Adakah faktor-faktor lain yang berkaitan yang menyebabkan pesakit merasa pelvic pain seperti makan? Berak ? Kencing? Atau pernah mengalami penyakit batu karang sebelum ini?

Pernahkah pembedahan dilakukan?

Pesakit dinasihatkan membawa rekod atau dokumen pembedahan lama atau ujian-ujian yang telah dilakukan oleh doktor yang terdahulu bagi memudahkan history taking ini.

 

Pemeriksaan juga menyakitkan

Selepas itu pemeriksaan di pelvis dilakukan. Kemungkinan alat kelamin akan diperiksa. Namun kadang kalanya pemeriksaan itu sendiri menyakitkan. Ianya perlu jika puncanya tidak dikenal pasti. Saya mengharapkan agar pesakit bersabar dengan pemeriksaan ini dan berbincanglah dengan doktor jika ianya terlalu menyakitkan. 

Sebagai contohnya jika doktor tidak dapat melihat imej imbasan dengan jelas ketika menggunkan mesin abdominal Ultrasound, mungkin dia akan mencadangkan pemeriksaan vaginal ultrasound. Bezanya tombol (probe) akan dimasukkan ke dalam vagina untuk melihat imej yang lebih jelas, terutama untuk mengesan kumpulan nanah di kawasan Pouch of Doughlas yang berada di bahagian paling bawah pelvis.

 

Bagaimana jika diagnosa masih tidak ditemui ?

Apa yang perlu ialah sokongan mental. Jadi doctor haruslah cuba mengujudkan rappo dengan pesakit agar kesakitan itu kurang dirasakan.

Pesakit harus banyak bersabar dan menyedari ianya adalah ujian Allah. Doktor bukannya tuhan yang menyembuhkan, maka jangan jadikan doctor itu musuh untuk bergaduh jika penawarnya belum ditemui. Doktor haruslah dijadikan teman/sahabat dlam usaha mencari penawarnya. Banyaklah berbincang.

Harus diketahui penyakit puan agak complex dan memerlukan pemeriksaan yang detail. Banyakkan doa dan membaca ayat-ayat RUQYAH. Amalkan zikir-zikir yang sahih berdasarkan hadis rasul s.a.w. Ini semua adalah usaha dan sangat membantu. Doa merupakan senjata bagi org islam.

Bagi suami, anak lelaki , abang atau adik lelaki pula haruslah bersabar untuk melayani permintaan mereka ketika minta dihantar ke hospital atau ke klinik. Fahamilah keadaan mereka. Mereka berjuang untuk sihat agar dapat menjadi isteri, ibu dan kakak yang lebih baik. Sokongan mental dari keluarga sangat penting.

Susunan : Dr Zubaidi b Hj Ahmad (190610)

http://www.facebook.com/drzubaidi

Multiple Myeloma: Kanser Darah Yang Jarang Berlaku

Saya diminta oleh rakan FB agar menceritakan secara ringkas tentang penyakit ini. Sepanjang ingatan saya ketika di universiti, Multiple Myeloma adalah antara topik yang diajar dalam dua kuliah yang berturutan di samping tutorial di hujung minggu.

Saya perlu ingatkan artikel ringkas yang bakal dibaca bukanlah nota kuliah untuk pelajar perubatan atau artikel journal yang mengemaskinikan ilmu seorang doktor.

Ianya sekadar suatu nota ringkas agar orang awam yang tidak mempelajari perubatan, boleh memahami keadaan pesakit yang menghidap penyakit Multiple Myeloma (MM).

Saya mengharapkan gaya bahasa tidak menjemukan malah memudahkan pemahaman si pembaca.

Selain itu saya mengharapkan pembaca memahami bagaimana MM terjadi dan bagaimana MM boleh merosakkan sistem tubuh badan pesakit.

Saya pernah menerima ke masukan kes Multiple Myeloma (MM) semasa bekerja di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Pesakit itu itu berusia 60an, pesara kerajaan dan telah dua kali dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya berulang.

Penyakit yang jarang ditemui selalunya sukar dikawal. Begitulah kehendak alam. Suatu penyakit yang jarang ditemui selalunya sukar ditemui penawarnya.

 

Prognosis yang tidak baik

Kerisauan seorang anak bagaimana keadaan bapanya yang mengidap penyakit MM, tentunya akan bertanya tentang prognosisnya.

”Bolehkah ayah saya sembuh? Berapa lama bapa saya akan menderita?”

Maka tujuan saya memberitahu prognosis ini bukannya menakutkan waris mereka. Saya juga tidak mahu pesakit menjadi putus harap. Berputus asa dengan rahmat Allah.

Maka soalan yang ditanya saya menjawabnya dengan penuh berlapik agar tiada hati yang terluka.

Jika mengikut nota yang dikemukakan oleh International Staging System of Multiple Myeloma, selalunya penghidap penyakit MM tidak hidup lama. Dianggarkan pesakit akan bertahan antara 62 bulan hingga 29 bulan mengikut tahap keseriusan penyakit ini.

Rujukan : (Greipp PR, San Miguel J, Durie BG, et al. (2005). “International staging system for multiple myeloma”. Journal of Clinical Oncology terbitan 23 (15): muka surat 3412–20.)

Ini tidak bermakna bahawa para doktor boleh menentukan ajal dan maut seseorang. Ini semua berdasarkan kajian census pesakit di seluruh dunia. Bukankah bagus kalau kita sendiri diberi peringatan awal, agar ”undone business” dapat segera dilangsaikan.

 

Kanser darah pada usia tua

Multiple Myeloma adalah penyakit kanser sel darah putih, melibatkan komponen yang dikenali sebagai sel plasma. (Definasi ini diambil dari buku text Plasma cell disorders. In: Goldman L, Ausiello D (eds). Cecil Textbook of Medicine oleh Prof Rajkumar SV dan Prof Kyle RA pada 23nd Edition. terbitan WB Saunders. Philadelphia, PA. Bab 198. Mukasurat 1426-1437).  

Risiko untuk menghidap penyakit MM meningkat dengan peningkatan umur. Kebanyakan pesakit berumur 65 tahun ke atas. Kurang dari 1% pesakit MM berumur kurang dari 35 ke bawah.

 

Adakah ibubapa kita berisiko ?

Selain daripada faktor umur yang lanjut, melebihi 65 tahun, kebanyakan pesakit MM dideritai oleh lelaki melebihi daripada wanita. Alasan di sebalik ini, tidak diketahui. Hanya berdasarkan pemerhatian yang dibuat mengikuti kiraan census juga.

Mungkin ianya dapat dijelaskan dengan logik bahawa lelaki lebih terdedah kepada radiasi di tempat kerja.

Pekerja yang terlibat di bidang petrokimia juga antara yang berisiko. Harus diingatkan, berisiko tidak bermakna harus akan mendapat penyakit itu, tetapi  kemungkinan untuk mendapat penyakit itu lebih tinggi daripada orang yang tidak berisiko.

Begitu juga dengan faktor baka keturunan, jika ada di antara adik beradik atau ibubapa penghidap MM, kemungkinan kita untuk mendapat penyakit yang sama adalah sama.

Satu kajian yang dilakukan oleh American Cancer Society, mendapati bahawa orang yang obese lebih berisiko tinggi dari orang yang mempunyai berat yang ideal.

 

Segalanya bermula di kromosom DNA

MM merupakan penyakit yang kedua terbanyak (10%) dihidapi oleh pasakit berbanding dengan pesakit kanser darah yang lain selepas penyakit Non-Hodgkin’s Lumphoma.

Di kalangan pesakit kanser secara keseluruhannya, ia dihidapi oleh 1% pesakit kanser.  

Ini menunjukkan bahawa MM adalah penyakit yang jarang berlaku. Walaupun banyak kajian dibuat mengenainya, namun belum ada kepastian punca sebenar penyakit.

Pakar perubatan hanya menyebut pesakit MM mengalami perubahan kromosom (chromosomal translocation) yang ketara pada kromosom ke 13 dan 11.

Namun apa yang menyebabkan perubahan ini masih tidak diketahui. Saya percaya perkara ini adalah di luar kawalan kita dan hanya Allah saja yang mengizinkan sesuatu yang buruk berlaku.

Hanya Allah juga yang melindungi kita dari penyakit ini. Ujian Allah dalam bentuk ’pemberian’ penyakit MM adalah untuk melihat hamba manakah yang sabar dan bersyukur.

Maka saya menyimpulkan bahawa penularan penyakit ini di luar kawalan kita dan dibawah kekuasaan dan kehendak Allah. Seharusnya kita sering berdoa agar Allah tidak menguji kita dengan ujian yang tidak tertanggung oleh kita.

 

Perubahan pada tulang sum-sum (bone marrow) 

Sel plasma penting dalam sistem imuniti kita kerana membentuk antibodi. Antibodi ini dihasilkan di dalam tulang sum-sum (bone marrow) dan dihantar ke seluruh badan melalui sistem limfatik (lymphatic system).

Pada kebiasaannya sel plasma adalah sejenis sel darah putih yang menghasilkan dan mengeluarkan antibodi. Akibat terjadinya perubahan kromosom (chromosomal translocation), tubuh kita menghasilkan malignan sel plasma cells (jenis sel-B) yang dikeluarkan secara tidak terkawal.

Sel plasma Multiple myeloma akan tetap tinggal di tulang sum-sum (bone marrow) di beberapa tulang seperti tulang belakang (spine), tulang tengkorak (skull), atau tulang rusuk (ribs).

Sel plasma ini menyebabkan peningkatan akitivti osteclastic , iaitu proses di mana calcium meninggalkan tulang dan berada di dalam darah.

Keadaan ini menyebabkan tulang itu menjadi rapuh (osteoporosis) akibat ‘penghakisan’ ini (disebut lytic lesions), dan hypercalcemia ( terlalu banyak kandungan calcium dalam darah).

Sel-sel Multiple myeloma meghasilkan monoclonal protein yang banyak dikenali sebagai M proteins, yang boleh dikesan dengan kaedah protein electophoresis,.

Ianya juga boleh dikesan di air kencing ,dikenali sebagai Bence-Jones proteins.

  

Penyakit misteri yang sukar didiagnosa

Tidak semua penyakit dapat dikesan dengan mudah. MM adalah salah satu daripadanya. Keluhan pesakit sangat tidak specifik. Pesakit mungkin mengadu pening kepala dan sukar bernafas.

Keadaan pesakit semakin teruk sehingga jelas bahawa mengalami MM. Namun mungkin ketika itu pesakit telah berputus asa dari perubatan moden yang dirawat dari klinik-klinik sahaja. Lalu pesakit cuba menjalani perubatan bomoh yang mengatakan ianya penyakit buatan orang akibat hasad dengki.

Paling menyedihkan kaum kerabat sendiri dituduh oleh bomoh sebagai orang yang menghantar ’guna-guna’ untuk menyusahkan dirinya. Apabila keadaan semakin teruk dihantar pula ke hospital kerana kononnya ’bomoh tidak berjaya untuk menundukkan guna-guna itu’.

Di hospital, doktor mengatakan dia sudah parah dan terlambat untuk dirawat. Akhirnya pesakit dibawa pulang. Keluarga pesakit mengatakan “Doktor di hospital tak buat apa-apa !” Sungguh menyedihkan!

Ini fenomena biasa yang saya alami ketika bekerja di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Johor. Peliknya hanya pesakit berbangsa Melayu yang beragama Islam yang menjadi mengsa keadaan seperti ini.

 

Tip of iceberg

Multiple Myeloma bukanlah penyakit misteri yang disebabkan oleh makhluk halus atau buatan orang. Namun MM sangat sukar didiagnosa kerana ianya ibarat ”tip of the iceberg”. Ini bermakna apa yang dapat dilihat di permukaan laut hanyalah sedikit berbanding dengan apa yang berada di dalam aras laut.

Apa yang dikeluhkan oleh pesakit adalah sebahagian kecil perubahan yang sedang berlaku akibat perubahan yang besar dalam tubuhnya. Pemeriksaan darah dan xray yang rutin tidak dapat mengesan penyakit ini.

Jadi janganlah berputus asa jika pemeriksaan rutin tidak mendiagnosa apa-apa penyakit. Namun saya percaya, pemeriksaan rutin yang teliti memberikan clue untuk doktor mengesyorkan kepada pesakit menjalankan pemeriksaan lanjut.

Jika telah disahkan menghidap MM, ianya boleh dikawal dengan rawatan. Ini bermakna tanpa rawatan yang betul, penyakit MM akan merosakkan seluruh sistem tubuh kita dengan kadar yang cepat seterusnya akan menyebabkan pesakit menemui ajal dengan lebih cepat lagi.

 

Kesakitan pada tulang

Multiple Myeloma menyebabkan kesakitan pada tulang terutama tulang belakang (spine) dan tulang rusuk (ribs).

Akibat kesakitan ini pergerakan terhad dan rutin sehariannya terjejas. Jika kesakitannya hanya berada di satu tempat, kemungkinan ianya disebabkan oleh tulang telah patah (bone fracture) akibat osteophorosis.

Jika ianya melibat tulang belakang ianya akan menyebabkan kelumpuhan (paralysis) akibat terjejas saraf tunjang akibat spinal cord compression. Ii menyebabkan pesakit tidak dapat mengawal kencing dan berak.

Tulang menjadi rapuh akibat kalsium pada tiulang diserap keluar menyebabkan jika dibuat pemeriksaan darah, didapati kandungan kalsium dalam darah amat tinggi ( hypercalcemia).

  

Demam yang rendah atau dedar

Penghasilan antibodi juga terjejas. Ini bermakna sistem imuniti dalam badan tidak berfungsi dengan baik . Akibatnya pesakit kadang kala mengadu demam, yang ada kalanya tidak terlalu kuat (orang Johor mengatakan “dedar”)

Ada pesakit yang mengadu sukar bernafas disertai demam yang tinggi. Pemeriksaan xray di dapati paru-parunya bermasalah dan doktor hanya memberikan diagnosanya sebagai pneumonia. Ianya boleh dirawat untuk sementara dengan antibiotik yang sesuai.

Tidak kurang yang mengadu mengalami masalah membuang air kecil iaitu sakit ketika kencing dan tidak lawas. Pemeriksaan urine mendapati ada jangkitan kuman di dalam air kencing.

Malah ada ketikanya ianya menyebabkan jangkitan kuman sehingga ke ginjal, pyelonephritis menyebabkan bernanah di buah pinggang.  Akhirnya pesakit mendapat penyakit kerosakan ginjal (renal failure). Ini semua akibat tahap immuniti yang rendah.

Begitu juga kadang kala pesakit berkeadaan lemah, pucat lesi dan tidak bertenaga. Pesakit kadang kala menggeletar, tidak tahan sejuk, pening dan pelbagai lagi rungutan yang tidak specifik.

Pemeriksaan darah secara routine mendapati pesakit menghidap anemia, iaitu kandungan haemoglobin rendah dalam darah. Oksigen tidak dapat dibawa oleh haemoglobin menyebabkan pesakit mengalami lemah, penat susuah bernafas dan plebagai sungutan tadi.

Apa yang sering menjadi rungut pesakit mesteri ini ialah rasa lemah badan, kadang kala keliru dan emah badan tidak bertenaga. Ini semua disebabkan oleh kandungan kalsium dalam darah yang amat tinggi (hypercalcaemia).

Cuba ikuti lagi cerita ini. Selain itu pesakit mengadu masalah sakit kepala, pandangan mata berkabur, susah mengawal kencing dan berak (akiat kerosakan pada saraf tunjang , spinal cord), rasa kebas pada tangan.

Kelemahan pada anggota tubuh menyebabkan pesakit tidak mampu bekerja. Pesakit tidak berdaya untuk berjalan dan mengangkat tangan (disebabkan oleh serangan amyloid pada saraf tangan dan kaki). Ada kalanya ianya seperti pesakit stroke yang tidak boleh mengangkat tangan dan kaki di sebelah badan (paraplegia)

Doktor yang mengesyaki MM pada pesakit akan membuat pemeriksaan darah untuk serum protein electrophoresis. menunjukkan peningkatan secara mendadak paraprotein di gamma zone pada pesakit MM.

 

Mengawal dan Mengurangkan sel kanser

Rawatan untuk MM difokukan pada aktiviti mengawal dan mengurangkan (containment and suppression) sel-sel kanser dengan rawatan kemoterapi.

Keadaan ini tidak dinamakan sembuh. Ianya adalah replase elepas rawatan, namun bergantung kepada keadaan pesakit semasa rawatan itu dijalankan. Pesakit merasakan beransur pulih, namun harus diingatkan lagi bahawa ianya sebenarnya relapse, pesakit akan mengalami kesakitan itu jika tidak dimonitor

Namun apa yang dibimbangkan apabila pesakit mengalami keadaan dinamakan, “treatment resistance”  di mana rawtan kimoterapi yang biasa diambil tidak lagi berkesan, namun boleh dirawat dengan rawatan menggunakan ubat-ubatan kemoterapi yang baru.

Kesimpulannya MM adalah penyakit yang ”dapat” tanpa ”dicari”, menandakan ketahanan badan semakin uzur dan memasuki fasa berundur. Apa yang perlu ialah ketabahan menghadapinya dan berfikir panjang, dan mulakan langkah-langkah menginsafi diri.

Dr Zubaidi b Hj Ahmad (18/6/2010)

http://www.facebook.com/drzubaidi

Bahaya Berurut pada Abdomen ketika Hamil

Satu hari saya diterpa oleh pertanyaan di chatting room ruangan FB “doctor, bagaimana hendak membetulkan keadaan bayi  yang songsang?

Saya kecewa, dengan sikap saling menghormati di kalangan kita nampaknya semakin menipis. Apa salahnya berikan salam dahulu, bertanyakan sama ada saya sibuk atau tidak sebelum mengajukan soalan.

Menjawab soalan-soalan di FB adalah sebahagian kerja amal yang saya lakukan percuma, kadang kala terpaksa mengorbankan masa untuk berehat sebentar apabila tiada pesakit yang perlukan rawatan. Maka saya amat berbesar hati apabila rakan FB yang bertanyakan soalan, menghormati masa yang saya  korban itu dengan mengajukan soalan dengan penuh kesantunan.

 

Songsang tidak bermakna situasi bahaya

Selepas menulis perkataan salam, saya bertanya ”puan sudah hamil berapa bulan? Bagaimana puan tahu anak puan songsang?”

Dengan cepat dia menerangkan bahawa bukan dirinya yang hamil sebab dia masih bujang tetapi kawannya yang berbadan dua.

Saya mengurut dada, semoga Allah memberikan kesabaran. Adakah pertanyaan ini adalah “pertanyaan menyibuk hal orang” agar dapat digossipkan ketika minum petang di kedai kopi?

Menjawab soalan tentang medical bukannya seperti menjawab soalan di kedai kopi. Segala perkataan dan kata-kata saya mungkin akan di’quote’ olehnya.

”Kawan saya kata dia hamil 20 minggu. Bila dia pergi jumpa bidan, bidan kata bayi dalam kandungannya songsang”

Saya memang ”kagum” sangat kebolehan bidan-bidan kampung yang boleh mengesan bayi dalam kandungan tanpa menggunakan mesin ultrasound. Saya yang diajar menyambut kelahiran semasa di universiti dan menguruskan pemeriksaan ibu-ibu hamil setiap bulan masih lagi memerlukan teknologi moden untuk mengesan kedudukan bayi dalam kandungan.

Bidan pun dah mengurut untuk betulkan kedudukan bayi” dia menambah.

Mata saya terbeliak mendengarkannya. Risiko mengurut untuk wanita hamil sangat tinggi, terutama apabila perut (abdomen) diurut. Walau apa juga alasan pengurutan itu, sama ada untuk ”menyengkak rahem” (saya pun tak tahu apa yang dimaksudkan dengan perkataan itu) atau memusing kedudukan bayi tanpa kemahiran yang cukup akan memberikan kesan sampingan dari perbuatan itu sangat bahaya.

 

Bukan menguli roti canai

Saya tidak menentang peranan yang dimainkan oleh bidan kampung. Namun kebanyakan bidan kampung yang saya maksudkan memberikan mudarat ialah bidan yang tidak yang tidak bertauliah dari mana-mana institusi kesihatan atau perubatan.

Mereka mendapat latihan dari pengalaman atau pengetahuan yang diajar dari mulut ke mulut atau dengan kaedah ”cuba dan jaya” . Kalau berjaya, ibu dan bayi itu bernasib baiklah, kalau tidak berjaya atau mengalami masalah, maka takdir yang disalahkan.

Mengurut perut ketika hamil tentulah tidak sama dengan mengurut perut selepas melahirkan bayi. Setiap tekanan (pressure) atau pusingan (rotation) yang diberikan pada addomen akan memberikan kesan pada bayi.

Jika terlalu kuat tekanan pada abdomen, maka tekanan itu juga dirasakan pada bayi. Apa yang perlu kita ketahui ialah bayi mempunyai organ dalaman yang lembut. Hati, hempedu, jantung dan paru-paru mereka tidak matang dari segi anatomi dan fisiologikal nya. Organ-organ itu terlalu lembut. Malah tempurung kepala (skull) juga sangat lembut kerana ianya belum lagi bertaut (fused). Tekanan yang kuat akan menyebabkan kecederaan dalam pada organ tersebut.

 

Tali pusat tersimpul

Bayi dalam kandungan bukannya ibarat ikan dalam kolam yang bebas bergerak tanpa penghubung. Bayi itu disambungkan kepada fizikal ibunya melalui tali pusat/tali uri (umbilical cord).

Tali pusat inilah yang membekallan oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan itu daripada ibunya. Apabila tali pusat tersimpul akibat pergerakan bayi ke atas dan ke bawah, ke kanan dan ke kiri, oksigen dan nutrien tidak sampai ke pada bayi.

Oksigen adalah unsur yang amat diperlukan. Tanpa oksigen, otak bayi akan mati dengan serta merta. Akibatnya bayi dalam kandungan boleh meninggal dunia.

Urutan yang cuba mengubah kedudukan bayi selalunya menyebabkan tali pusat tersimpul tanpa disedari. Bagaimanakah bidan boleh yakin apabila urutan ke atas abomen wanita yang hamil, tidak menyebabkan tali urinya tidak tersimpul.

Hanya tanda yang menunjukkan bayi dalam kandungan itu sihat ialah apabila ibu merasa pergerakan bayi itu. Tanpa pergerakan sepanjang hari, bermakna bayi dlamkandungan sedang dalam keadaan bahaya, nyawanya telah terancam dan kemungkinannya bayi itu mati jika tidak dibantu.

 

External Cephalic Version

Dalam perubatan moden, doktor perbidanan kadang kala cuba melakukan teknik mengubah kedudukan bayi dalam kandungan itu agar ianya tidak dilahirkan songsang. Namun ianya amat berbeza dengan cara yang dilakukan oleh bidan yang tidak mempunyai kemahiran.

Kaedah ini dinamakan sebagai external cephalic version mempunyai kejayaan sebanyak 40-70% bergantung kepada kepakaran dan pengalaman doktor itu. Kajian mendapati teknik ini haruslah dilakukan pada usia kandungan 36 minggu, barulah kejayaan akan tercapai. Apa yang dimaksudkan dengan kejayaan ialah, kedudukan bayi yang songsang dikesan melalui imbasan CTScan, akhirnya dilahirkan dengan prentasi normal (kepala dahulu).

Teknik ini tidak akan berjaya jika dilakukan kurang pada 36 minggu. Namun apa yang penting ilah bayi dalam kandungan ini di’monitor’ pergerakan dan degupan jantungnya, kerana risiko yang disebutkan di atas tetap ada. Keadaan bayi dapat dipastikan selamat sepanjang 24jam dengan monitor beberapa kali menggunakan beberapa cara, sebelum dipastikan bayi dlam kandungan selamat dan dibenarkan pulang.

 

Bayi mati dalam kandungan

Apa yang cuba saya mahu tekankan, hanya dengan bantuan imbasan Ultrasound saja, dapat membantu doktor melihat pergerakan bayi dan degupan jantung bayi bagi memastikan bayi dalam kandunagn dberada dalam keadaan selamat dan sihat. (Degupan jantung yang normal bagi bayi dalam kandungan ialah antara 110-160 degupan perminit).

Amat menyedihkan apabila pesakit datang ke hospital atau pusat kesihatan, mengadu dia tidak merasakan pergerakan bayi dalam kandungan selama beberapa hari. Apabila dilakukan imbasan ultrasound, tiada pergerakan bayi dan degupan jantung sudah tiada.

Kematian bayi dalam kandungan amat tragik. Apabila telah timbul cahaya pengharapan di hati sepasang suami isteri untuk menerima tanggungjawab sebagai ibubapa, menunggu kehadiran orang baru dari hari ke hari, namun tiba-tiba mendapat berita buruk bahawa bayi itu telah meninggal dunia. Kelahiran bayi telah meninggal dunia semestinya diiringi dengan perasaan sedih oleh ibubapa, apabila melihat jasad bayi dilahirkan ke dunia namunnya rohnya dihantar terus ke alam yang lebih kekal.

Seeloknya sesuatu tindakan yang boleh mengancam nyawa bayi tidak dipandang ringan oleh ibubapa. Perbuatan mengurut bayi dengan tujuan untuk membetulkan kedudukan bayi dalam kandungan oleh orang yang tidak berkemahiran dan berkelayakan adalah suatu tindakan kecuaian, bukan saja pihak yang mengurut harus disalahkan, namun pihak yang menyerahkan diri mahu diurut juga harus bertanggungjawab.

Kesimpulannya, jangan terlalu mudah untuk mendengar nasihat dari sesiapa saja. Saya bimbang percubaan kita untuk mengubah posisi bayi dalam kandungan agar dapat dilahirkan dengan mudah menjadi satu peristiwa yang amat tragis.  

Sakit Kepala Berterusan: Adakah Tumor Otak?

Beberapa minggu yang lalu, saya pernah ‘highlight’kan tentang masalah sakit kepala yang sebelum ini dipandang remeh oleh beberapa rakan FB. Doktor-doktor yang merawat mereka juga tidak memberikan penerangan yang jelas tentang masalah sakit kepala yang pesakit hadapi.

Saya mencari fakta di beberapa artikel di journal-journal seperti “Brain Tumors N Engl J Med 2001 344: 114-123” oleh Dr Lisa M. De Angelis dan di JAMA, February 2, 2005; 293(5): 557 – 564 “Patterns of Care for Adults With Newly Diagnosed Malignant Glioma” dan artikel S. M, A C Lamont, N A Alias, and M N Win “Red flags in patients presenting with headache: clinical indications for neuroimaging” British Journal of Radioliology, August 1, 2003; 76(908): 532 – 535.

Banyak soalan-soalan yang diajukan oleh rakan-rakan FB, antaranya ialah adakah sakit kepalanya “normal”? Atau adakah sakit kepala yang berpanjangan itu disebabkan oleh “migraine”? Atau disebabkan oleh tumor dalam otak?

Pada saya tidak ada sakit kepala yang normal kerana tanda/gejala sakit kepala sendiri menandakan sesuatu yang tidak normal berlaku pada pesakit.

Jadi kalau pesakit mengalami sakit kepala, ianya tidak normal. Kalau ada doktor atau paramedic yang berkata “sakit kepala awak ini normal”, maka (dengan kemaafan) saya mengangap doktor atau paramedik ini malas untuk menerangkan apa yang sebenarnya berlaku dan mungkin dia mempunyai tahap pengetahuannya yang tidak mencukupi.

Saya memahami perasaan pesakit yang mengalami sakit kepala yang berpanjangan, bertambah teruk dari masa ke semasa dan tidak beransur sembuh.

Maka ramai pesakit yang tertanya-tanya adakah sakit kepala yang dialami merupakan suatu tanda kecil bagi penyakit yang lebih besar, contohnya tumor otak?

Sebelum saya menjawab persoalan itu, elok juga kalau kita memahami secara ringkas apa yang dikatakan sebagai tumor otak. Kemudian kita memahami kaitan tumor itu dengan sakit kepala.

 Apakah Tumor Otak?

Tumor otak adalah perkembangan sel otak secara cepat tetapi tidak normal. Ianya boleh jadi kanser(malignant) yang sangat merbahaya atau jenis bukan-kanser(benign) yang kurang bahaya.

Sel-sel abnormal ini yang membesar dan menjadi tumor, itu boleh jadi berasal dari sel-sel otak itu sendiri yang dinamakan neuron, sel glial, sel astrocytes, sel oligodendrocytes, sel ependymal.

Atau ianya boleh jadi dari berasal dari saluran limfatik (lymphatic tissue), atau saluran darah (blood vessel) atau saluran saraf yang dinamakan myelin-producing Schwann cells.

Sel tumor itu juga mungkin berasal dari saraf cranial nerves, atau selaput otak (meninges), atau tempurung kepala (skull) atau dari kelenjar pituitary dan kelenjar pineal , atau merebak dari kanser di organ lain, (metastatic tumors).

Saya tidak menafikan bahawa sakit kepala sememangnya tanda bagi tumor otak, namun sakit kepala yag disebabkan oleh tumor otak ini mempunyai sifat-sifat tertentu yang membezakannya dari sakit kepala disebabkan oleh masalah-masalah yang lain.

Harus kita ingat bahawa tumor otak adalah bukan satu penyakit yang biasa atau kerap berlaku. Alhamdulillah, Allah tidak menjadi tumor otak ini sebagai pembunuh nombor stu di mana-mana negara.

Saya mengambil contoh di Amerika Syarikat kerana di sana teknologi kesihatan seperti CT Scan dan MRI sangat meluas dan kemudahan kesihatan sangat bagus. Ini membolehkan setiap kanser yang dihidapi oleh rakyatnya dapat didaftarkan dengan baik.

Di United States (US), pada tahun 2005, dianggarkan sebanyak 43,800 kes baru yang didiagnosakan sebagai tumor otak. (rujukan: Central Brain Tumor Registry of the United States, Primary Brain Tumors in the United States, Statistical Report, 2005–2006), yang mana mewakili sebanyak 1.4 peratus dari semua jenis kanser, 2.4 peratus dari semua kematian disebabkan kanser, dan 20–25 peratus kanser yang dialami oleh kanak-kanak. Oleh itu, tumor otak bukanlah kebiasaan penyebab sakit kepala, kerana kebarangkalian untuk mendapat tumor otak adalah sangat kecil.

Sakit kepala yang kronik biasanya disebabkan oleh masalah lain yang kurang serius seperti migrain, allergik (resdung) atau masalah mata.

Apakah kaitan tumor otak dan sakit kepala?

Ruang di dalam tempurung kepala sangat terbatas. Secara asanya ianya mengandungi otak, selaput otak dan cecair cerebro-spinal (CSF). Ruang ini tidak akan membesar walaupun ada sebahagian sel di dalamnya akan membesar (menjadi tumor) atau pertambahan tekanan di dalamnya.

Ruang di situ bukannya seperti ruang di dalam belon. Jika tekanan di dalam ruang belon itu bertambah disebabkan tiupan udara ke dalamnya, ruang dalam belon akan bertambah. Kekenyalan dinding getah pada belon itu, menyebabkan belon mudah bertambah saiznya apabila tekanannya bertambah.

Oleh kerana ruang di dalam tempurung kepala dibatasi oleh tulang tengkorak yang keras, maka jika ketumbuhan otak semakin membesar dalam tengkorak, tekanan di dalam tempurung semakin tinggi.

Apabila dari tekanan dalam tengkorak (intracranial pressure) bertambah, akibat keterbatasan ruang, tekanan itu akan menekan sel-sel lain. Akibatnya pesakit mengalami sakit kepala. Adakalanya diiringi oleh rasa loya dan muntah.

Jika tekanannya terlalu kuat sehingga menghimpit saraf-saraf yang mengawal anggota badan dan organ lain, sudah yentu ianya memberikan kesan negatif pada anggota atau organ itu.

Pesakit akan berasa pandangannya kabur (jika menjejskan saraf mata), pendengaran menjadi kurang (jika menjejaskan saraf telinga), anggota badannya (tangan dan kaki) menjadi lemah jika menjejaskan saraf motor yang mengawal otot itu.

Bagaimanakah Sakit Kepala yang disebabkan oleh tumor otak?

Harus diingat bahawa, sakit kepala bukanlah tanda awal bagi sebarang ketumbuhan/tumor di dalam otak. Ianya selalunya bersama dengan tanda-tanda lain, atau pun sakit kepala terasa apabila tanda-tanda lain telah pun muncul.

Mungkin pesakit akan mendapat sawan dahulu, atau perubahan pada pandangan mata atau pendengarannya. Pesakit juga mungkin akan terasa tangan atau kakinya lemah, seorang-olah sedang menghadapi serangan stroke. Kadang-kala ingatan (memori)nya menjadi tidak menentu dan sering kali lupa.

Ada pesakit bertanyakan saya adakah sakit kepala yang disebabkan oleh tumor di kepala menyebabkan sakit kepala di awal pagi. Saya telah meneliti di beberapa journal, tiada bukti yang menyokong pendapat ini.

Sakit kepala disebabkan tumor otak selalunya akan bertambah teruk apabila saiznya bertambah membesar. Walau bagaimana pun tidak semua pesakit tumor otak yang menghadapi sakit kepala yang kuat, sehingga mengganggu routine hariannya.

Namun apabila sakit kepala menyerang, pesakit bisanya akan terjaga dari tidur seakan-akan ada sesuatu yang menyucuk di dalam tengkoraknya.

Ada pesakit yang tidak tahan dengan kesakitan ini, lalu menghantukkan kepalanya di dinding, sehingga luka di dahi dan keningnya berdarah. Hantukan ini menyebabkan terasa seperti satu kelegaaan sedikit kepada pesakit itu.

Sakit kepala itu selalunya digambarkn sebagai yang ”sukar digambarkan”, (pesakit selalu berkata kepada saya, susah hendak cerita macam mana sakit kepala itu).

Kadang kala sakit kepala itu berdenyut-denyut seperti migraine. Semakin hari sakit kepala bertambah kerap. Kalau dulu mungkin sebulan sekali, ianya bertambah menjdi seminggu sekali dan akhirnya menjadi setiap hari.

Tahap kesakitannya juga bertambah dan seterusnya akan kekal kesakitannya, susah mendapat kelegaan. Mungkin kalau dulu dengan sebiji panadol, ianya memberikan kelegaan, sekarang harus memakan dua biji panadol. Akhirnya mencuba ponstan, synflex, arcoxia dn lain ubat penahan sakit, namun kelegaannya hanya semantara.

Sakit kepala yang disebabkan oleh tumor otak juga bertambah dengan perubahan posisi. Apabila seorang pesakit cuba mengubah kedudukannya, sakit kepalanya bertambah teruk, terutama apabila dia cuba berbaring.

Batuk dan bersin juga menyebabkan tekanan di dalam tekorak (ICP) akan bertambah dan pesakit mengalami sakit kepala yang keterlaluan.

Saya membuat kesimpulan bahawa sakit kepala yang disebabkan oleh tumor otak adalah sangat kompleks dan ianya berbeza dari seorang ke seorang yang lain.

Apa yang menyebabkan doktor mengesyaki sakit kepala itu adalah tumor otak?

Pesakit yang mengalami sakit kepala yang kronik harusnya mencari seorang doktor yang dipercayainya.

Pesakit mampu menilai tahap pengetahuan doktor dengan bertanyakan beberapa soalan tentang penyakitnya. Jika doktor itu cuba mengelak dari menjawab soalan itu atau memberikan jawapan sambil lewa, bermakna doktor itu tidak menepati kriteria yang saya sebutkan.

Doktor juga harus menunjukkan sikap kopentasi (kemahiran) dan cara kmunikasi yang baik. Kriteria yang saya sebutkan tidak semestinya berada pada diri seorang doktor yang pakar.

Ada pesakit mengadu pengalamannnya berjumpa dengan doktor pakar neurology (neurologist), melayan pesakitnya dengan lewa, sehinggakan sakit kepala yang tidak serius dikatakan tumor otak dan manakala sakit kepala yang sangat kuat pula dikatakan tidak apa-apa.

Malah ada doktor dengan mudah melabel seseorang itu mengalami sakit kepala sebgai migraine menyebabkan pesakit sudah mati akal, tidak tahu apa yang harus diharapkankan lagi selain makan ubat penahan sakit saja untuk sakit kepalanya.

Doktor akan memerhatikan kekerapan pesakit berjumpa dengannya, terutama jika pesakit telah datang beberapa kali pada waktu yang dekat. Bagi saya sendiri, kalau pesakit datang dua kali dalam masa sebulan, saya berpendapat sakit kepalanya adalah serius.

Oleh kerana itu pesakit haruslah bersabar menjawab soalan yang dikemukakan oleh doktor wlaupun pada masa itu mungkin pesakit itu tidak mampu menahan kesakitannya. Tanpa menjawab soalan-soalan itu pihak doktor sebenarnya tidak menemukan “clue” kerana sakit kepala mempunyai banyak sebab.

Pihak doktor dapat mengelak dari melakukan keseluruhan ujian yang mungkin tidak perlu jika pesakit memberikan kerjasama dengan menjawab soalan-soalan itu dan menjaga kesabarannya.

Alangkah baik kalau pesakit sendiri dapat menyimpan buku kecil yang mana dia boleh mencatatkan pada masa mana dia mengalami sakit kepala dan apa yg dilakukan ketika itu.

Ini akan mengurangkan soalan-soalan yang dikemukan oleh pihak doktor dan pesakit boleh memberikan jawaban yang tepat. Jika tidk pesakit akan memberikan jawaban “saya tak tahu” atau “saya tidak ingat” menyebabkan pesakit dan juga pihak doktor sama-sama kecewa.

Maka tidak hairanlah saya mendapat ”feedback” dari pesakit yang kecewa dengan konsultasi dengan pakar saraf kerana diberitahu sakit kepalanya “tak ada apa-apa” atau “ ini disebabkan angin dalam kepala”. Semua jawapan yang diberikan doktor ini menggambar kekecewaan doktor terhadap kerjasama dari pesakit ketika menjawab soalan yang diberikan, lalu doktor memberikan jawaban pun yang sambil lewa atau malas.

Doktor perlu tahu dari pesakit, ‘apakah yang menyebabkan punca sakit kepla yang tiba-tiba’. Adakah tatkala itu, pesakit sedang melihat skrin komputer, atau sedang berehat tiba-tiba terdengar bunyi muzik yng kuat dimainkan oleh jiran menyebbkan sakit kepala terus menyerang atau mungkin selepas memakan makan berminyak.

Doktor juga mahu tahu ‘berapa kekerapan pesakit itu mengalami sakit kepala’. Adakah setiap hari? Setiap minggu? Atau di waktu malam atau di waktu tengah hari?

Kadang kala doktor bertanya beberapa soalan yang kadang kala menyakitkan hati pesakit. Namun ianya penting seperti

 1. Adakah sakit kepala ini pernah terjadi sebelum ini atau adalah ini pertama kali?

Pesakit yang sebelum ini mempunyai sakit kepala, mungkin sakit kepalanya kali ini disebabkan oleh allergi dan migraine biasanya tidak membimbangkan.

Namun bagi mereka yang tidak pernah sakit kepala yang terlalu kuat seperti ini, ianya seharusnya diselidik lebih mendalam.

 Bagi pesakit yang sebelum ini pernah dan kerap mengalami sakit kepala, biasanya pesakit dapat memberitahu sama ada kesakitannya bertambah kuat, atau berubah tempat, dari depan kepala ke bahagian kepala, atau mungkin menyebabkan gejala/ tanda-tanda yang lain seperti pendengaran dan pemandangannya menjadi kurang atau anggota badannya menjadi lemah. Perubahan-perubahan ini mungkin disebabkan oleh tumor otak.

 2.Apakah nama ubat yang selalu diambil untuk mengurangkan sakit kepala?

Saya sering menerima rungutkan pesakit apabila soalan ini saya tanyakan. Mereka menjawab dengan marah (mungkin sambil menahan sakit kepala), ”Manalah saya tahu, saya bukannya doktor!”. Ada juga yang memberitahu saya warna ubat yang diambil untuk melegakan sakit kepala.

Walaupun ianya memberikan sedikit clue ttg ubat yang diambilnya, namun ianya tidak cukup bagus. Ini kerana banyak ubat generik yang dihasilkan oleh beberapa buah syarikat pharmaseutikal memberikan warna-warna yang berlainan pada ubat-ubat mereka.

Tujuan soalan ini ditanyakan ialah untuk mengetahui sama ada ubat yang diambil oleh mereka itu adakah di tahap biasa, atau sudah mulai menggunakan ubat-ubat yang agak kuat.

Pesakit haruslah berkata dengan jujur jika mengambil ubat-ubatan dari farmasi secara “over-the-counter” seperti Panadol atau Ponstan. Malah beritahu juga kalau ubat yang diambil merupakan ubatan herba, atau dipreskripsikan oleh doktor lain.

Apa yang penting, doktor mahu mengetahui sama ada ianya berkesan atau tidak. Adakah ianya berkesan buat sementara atau tidak berkesan langsung. Selalunya sakit kepala yang disebabkan oleh tumor otak tidak akan mendapat kelegaan daripada ubat penahan sakit. Kalau ada kelegaaan, mungkin bersifat sementara. Keadaan ini seharusnya menyebabkan doktor akan memikirkan sesuatu yang lebih serius sedang berlaku.

Secara ringkas sakit kepala yang disebabkan tumor otak biasanya akan menyebabkan tanda-tanda lain seperti pandangan semakin berkabur, atau anggota badan menjadi lemah.

Selain itu, sakit kepala menjadi bertambah kuat dan tidak mendapat kelegaan walaupun telah mengambil ubat penahan sakit. Apa yang boleh saya nasihatkan, eloklah berbincang dengan doktor jika pesakit masih rasa keliru dan resah dengan penerangan ringkas saya.

Jika pesakit masih mahukan pengesahan, bolehlah melakukan imbasan CT Scan dan MRI otak, kerana tumor otak sekecil 1cm dpt dikesan melaluinya.

Susunan Dr Zubaidi b Hj Ahmad (010610) http://www.facebook.com/drzubaidi

Post Pill Amenorrhea: “dari kemandulan sementara kepada kemandulan kekal”

Saya amat kasihan mendengar keluhan para ibu tentang masalah haids mereka. Para ibu ini sebenarnya wanita yang sihat, atas beberapa tekanan hidup atau nasihat yang salah, mereka mengguna ubat perancang keluarga atau mengawal kelahiran.

Istilah yang digunakan di British ialah Oral Contraceptive Pills (OCP) tetapi di Britain ianya dinamakan Birth Control Pill (BCP).

Setelah bertahun-tahun mengamalkan ubat OCP ini, ibu muda ini mula memikirkan untuk menambahkan seorang lagi ahli keluarga. Namun apa yang memeranjatkan, kitaran haids mereka tidak menentu.

Ada yang datang selepas 3 bulan menunggu. Kedatangan haids juga terlalu pendek masanya, kadang kala hanya beberapa hari. Malah ada yang menunggu sehingga setahun dua. Namun haids mereka tidak juga muncul.

Bagi seorang wanita muda, tanpa kedatangan haids membuatkan mereka ”tidak seperti wanita lain”. Kehadiran darah haids memberikan satu perasaan mereka adalah wanita yang sempurna dan subur. Ada waktu bersolat, ada waktu direhatkan dari solat. Ada waktu berladang dan ada waktu untuk rehat dri berladang. Begitulah ibaratnya.

Akibat dari ”kekeringan” itu maka banyaklah keluhan sampingan seperti sakit kepala, sakit pinggang, mood yang tidak menentu dan panas badan.

Namun masalah utama ialah isu kesuburan. Tentulah seorang wanita muda yang bertahun- tahun  “memandulkan” diri dengan sengaja, akan merasa kecewa apabila mereka menghampiri “kemandulan” yang kekal. Pada pendapat mereka, ketidakhadiran haids menggambarkan bayangan kemandulan yang kekal.

Kalau dulu mereka mengelak daripada menerima nikmat Allah berupa anak dan zuriat yang bakal mendoakan kesejahteraan apabila telah meninggalkan dunia yang fana’ ini. Kini mereka mengejar-kejar peluang untuk menambahkan bilangan anak-anak yang soleh dan solehah yang  bakal menjaga mereka ketika tua nanti.

Namun segalanya sudah terlambat. Akibat kejahilan tentang perkara ini atau telah diberikan nasihat yang salah, maka mereka menyesal akan keadaan diri mereka. Sekarang segalanya bergantung kepada belas kasihan Allah, sama ada kesuburan mereka pulih kembali atau Allah telah mencukupi bilangan anak-anak mereka.

Keadaan inilah yang dinamakan sebagai “Post pill amenorrhea”. Ianya berlaku apabila ketiadaan haids selama enam bulan atau lebih pada seorang wanita setelah berhenti mengamalkan OCP. Keadaan ini tidak berlaku pada semua wanita yang mengamalkan pengambilan OCP. Dianggarkan antara 0.2% hingga 3% mengalami masalah ini.

Akibat kitaran haids yang tidang datang, ramai wanita muda yang kebingungan berjumpa dengan saya (sebagai doctor) meminta nasihat. Mereka tertanya-tanya apakah jalan sunatullah yang telah berlaku pada diri mereka? Adakah mereka ditakdir menghadapi masalah ini dengan tidak semena-mena, atau kesilapan mereka (mengambil OCP) menyebabkan sesuatu yang buruk ke atas diri mereka. Mereka tertanya-tanya apakah yang telah terjadi di dalam diri mereka.

Saya mahu bercerita dari segi medical terminology. Bagi wanita yang biasa dan tidak mengambil OCP, kitaran haids dan kesuburan wanita dikawal oleh kelenjar pituitary. Kelenjar pituitary inilah yang mengeluarkan hormon FSH (follicle stimulating hormone) dan LH (luteinizing hormone). Kedua-dua hormone ini penting kerana menyebabkan pembentukan folikel (follicles) pada ovari.

Di dalam folikel ini mengandungi ova (telur/benih wanita). Semasa folikel ini membesar, mereka mengeluarkan hormone estrogen. Apabila folikel cukup besar (bersaiz 20mm), folikel akan pecah dan menghasilkan hormone progesterone. Jika ada kehadiran sperma (benih lelaki), benih wanita ini akan disenyawakan.

Apa terjadi jika seorang wanita mengambil OCP? Pil perancang sebenarnya mengandungi hormone estrogen dan progesterone. Pengambilan OCP  bermakna tubuh badan wanita itu dibekalkan dengan hormone estrogen dan progesterone dari luar. 

Tubuh akan “tertipu” apabila kadar kepekatan hormone estrogen dan progesterone semakin tinggi dalam badan kerana pengambilan pil perancang ini. Kenaikan kepekatan kedua-dua hormone ini akan memberikan ”negatif feedback” yang mengarahkan agar kelenjar pituitari  berhenti mengeluarkan hormon FSH dan LH. Seterusnya tiada lagi pembentukan folikel dan ova dalam ovari.

Maka jika tiada folikel, tiadalah ova (benih wanita). Walaupun dengan kehadiran sperma (benih lelaki) tanpa ova (benih wanita) menyebabkan suatu proses pembentukan janin terhalang. Inilah sebenarnya yang menghalang seseorang wanita itu dari hamil.

Setelah beberapa lama pengambilan OCP, wanita tadi berhenti pengambilan OCP. Namun kelenjar pituitary akan terus “ditipu” dengan menganggap darah masih lagi mempunyai kepekatan estrogen dan progesterone yang mencukupi. Pada hal kadar hormone dalam badan terlalu rendah untuk menyebabkan kitaran haids yang normal.

Sekali lagi kelenjar pituitari tidak akan mengeluarkan FSH dan LH, maka tiada penghasilan folikel dan ova. Maka tubuh akan terus ”dimandulkan” walau tanpa pengambilan OCP selain tidak mendapat kitaran haids yang normal.

Penderitaan seorang wanita menyebabkan dia bertanya-tanya di dalam diri, “sampai bilakah dia harus menunggu kedatangan haidsnya”. Jangan risau, selalunyakitaran haids akan kembali dalam masa tiga hingga enam bulan. Sesetengah wanita terpaksa menungu sehingga dua tahun untuk mendapat semula kitaran haids yang normal.

Walaupun dari segi teori agak sukar untuk mendapat anak akibat haids yang hilang itu, namun kemungkinan besar, dengan kudrat dan keizinan Allah, wanita itu boleh mengandung sebelum kitaran haids  menjadi normal. Kebolehan tubuh badan cuba mengawal dan mendapatkan semula kitaran haids adalah terlalu menakjubkan (dengan izin Allah).

Kadang kala seorang doktor yang mahir pun tidak dapat menentukan mana satu yang akan pulih dahulu: wanita itu menjadi subur (ovulate) semula atau kitaran haidsnya menjadi normal dahulu.

Apa yang harus wanita itu lakukan untuk mengusahakan ikhtiar dalam usahanya bertawakal? Dia seharusnya berjumpa dengan doctor pakar yang berkelayakan, agar diberikan rawatn yang sepatutnya.

Jangan biarkan kejahilan lalu membuatkan kita semakin jahil dengan mendengar “kata orang kampong” atau jiran yang tidak mahu bertangungjawab atas perkataannya? Adakah mereka akan bertanggungjawab atas rekomendasi (cadangan) yang mereka berikan pada wanita muda yang malang itu.

Adakah wanita yang malang semakin ditimpa penyakit yang pelik-pelik akibat mengikut nasihat “orang kampong” atau “jiran” atau “bidan tidak bertauliah” akan dibela oleh mereka yang memberikan cadangan? Saya amat berharap agar kejahilan kita tidak keterlaluan.

Jika seseorang wanita muda telah berhenti mengamalkan OCP dan masih lagi tidak mendapat kitaran haids yang normal, dan doctor telah mendiagnosa sebagai post pill amenorrhea , maka jangan risau. Banyakkan berdoa dan tetaplah dengan rawatan yang diberi.

Kemudaratan telah berlaku dan tidak perlu merasa menyesal. Keluh dan resah adalah mainan perasaan yang dibisikkan agar seseorang itu merasa takdir yng berlaku atas kesilapannya.

Berjumpalah dengan doktor yang pakar dan boleh dipercayai apabila kitar haids tidak menjadi normal setelah lebih setahun(dua belas bulan berturut-turut). Namun ada yang mencadangkan selepas menunggu selama enam bulu. Ini semua bergantung kepada kesabaran. Saya sendiri lebih suka kalau wanita itu menunggu selama setahun dan mengharapkan kedatangan kitar yang normal secara semulajadi, tanpa diberikan apa-apa ubat.

Selalunya doktor akan mencadangkan sejenis ubat (maaf saya tidak boleh memberikan prescripsi secara umum) yang akan merangsangkan kelenjar pituitary mengeluarkan semula FSH dan LH.

Ubat itu juga akan menghalang reseptor (sebagai receptor blocker) yang sepatutnya dirangsang oleh kehadiran estrogen di rahem (uterus). Ini akan menjadikan seolah-olah kandungan hormone estrogen dalam badan dalam tahap yang rendah, akibatnya kelenjar pituitary akan mengeluarkan FSH.

Dengan kehadiran FSH dalam tubuh, folikel akan dbentuk di ovari. Folikel akan membesar (dengan perlahan-lahan menaikkan tahap estrogen), akhirnya folikel itu pecah dan mengeluarkan ova (benih wanita) di samping mengeluarkan hormone progesterone.

Estrogen akan mengarahkan rahem (uterus) agar menyuburkan benih yang ditanam (jika telah ada persenyawaan). Oleh itu, teruskanlah mencuba mendapatkan zuriat dengan aktiviti jimak kerana dengan kudrat Allah, tiada siapa dapat menjangka bahawa wanita itu akan hamil.

Namun jika tiada persenyawaan, rahem akan mengeluarkan darah haids. Ini bermakna dengan sebab pengambilan ubat itu, kitaran haids wanita itu menjadi normal.

Susunan Dr Zubaidi Hj Ahmad. (260510)