• Laman

  • Hari Menulis

    Januari 2020
    I S R K J S A
    « Ogo    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • Bio Q10 for Healthy Heart & Anti-Ageing

Post Pill Amenorrhea: “dari kemandulan sementara kepada kemandulan kekal”

Saya amat kasihan mendengar keluhan para ibu tentang masalah haids mereka. Para ibu ini sebenarnya wanita yang sihat, atas beberapa tekanan hidup atau nasihat yang salah, mereka mengguna ubat perancang keluarga atau mengawal kelahiran.

Istilah yang digunakan di British ialah Oral Contraceptive Pills (OCP) tetapi di Britain ianya dinamakan Birth Control Pill (BCP).

Setelah bertahun-tahun mengamalkan ubat OCP ini, ibu muda ini mula memikirkan untuk menambahkan seorang lagi ahli keluarga. Namun apa yang memeranjatkan, kitaran haids mereka tidak menentu.

Ada yang datang selepas 3 bulan menunggu. Kedatangan haids juga terlalu pendek masanya, kadang kala hanya beberapa hari. Malah ada yang menunggu sehingga setahun dua. Namun haids mereka tidak juga muncul.

Bagi seorang wanita muda, tanpa kedatangan haids membuatkan mereka ”tidak seperti wanita lain”. Kehadiran darah haids memberikan satu perasaan mereka adalah wanita yang sempurna dan subur. Ada waktu bersolat, ada waktu direhatkan dari solat. Ada waktu berladang dan ada waktu untuk rehat dri berladang. Begitulah ibaratnya.

Akibat dari ”kekeringan” itu maka banyaklah keluhan sampingan seperti sakit kepala, sakit pinggang, mood yang tidak menentu dan panas badan.

Namun masalah utama ialah isu kesuburan. Tentulah seorang wanita muda yang bertahun- tahun  “memandulkan” diri dengan sengaja, akan merasa kecewa apabila mereka menghampiri “kemandulan” yang kekal. Pada pendapat mereka, ketidakhadiran haids menggambarkan bayangan kemandulan yang kekal.

Kalau dulu mereka mengelak daripada menerima nikmat Allah berupa anak dan zuriat yang bakal mendoakan kesejahteraan apabila telah meninggalkan dunia yang fana’ ini. Kini mereka mengejar-kejar peluang untuk menambahkan bilangan anak-anak yang soleh dan solehah yang  bakal menjaga mereka ketika tua nanti.

Namun segalanya sudah terlambat. Akibat kejahilan tentang perkara ini atau telah diberikan nasihat yang salah, maka mereka menyesal akan keadaan diri mereka. Sekarang segalanya bergantung kepada belas kasihan Allah, sama ada kesuburan mereka pulih kembali atau Allah telah mencukupi bilangan anak-anak mereka.

Keadaan inilah yang dinamakan sebagai “Post pill amenorrhea”. Ianya berlaku apabila ketiadaan haids selama enam bulan atau lebih pada seorang wanita setelah berhenti mengamalkan OCP. Keadaan ini tidak berlaku pada semua wanita yang mengamalkan pengambilan OCP. Dianggarkan antara 0.2% hingga 3% mengalami masalah ini.

Akibat kitaran haids yang tidang datang, ramai wanita muda yang kebingungan berjumpa dengan saya (sebagai doctor) meminta nasihat. Mereka tertanya-tanya apakah jalan sunatullah yang telah berlaku pada diri mereka? Adakah mereka ditakdir menghadapi masalah ini dengan tidak semena-mena, atau kesilapan mereka (mengambil OCP) menyebabkan sesuatu yang buruk ke atas diri mereka. Mereka tertanya-tanya apakah yang telah terjadi di dalam diri mereka.

Saya mahu bercerita dari segi medical terminology. Bagi wanita yang biasa dan tidak mengambil OCP, kitaran haids dan kesuburan wanita dikawal oleh kelenjar pituitary. Kelenjar pituitary inilah yang mengeluarkan hormon FSH (follicle stimulating hormone) dan LH (luteinizing hormone). Kedua-dua hormone ini penting kerana menyebabkan pembentukan folikel (follicles) pada ovari.

Di dalam folikel ini mengandungi ova (telur/benih wanita). Semasa folikel ini membesar, mereka mengeluarkan hormone estrogen. Apabila folikel cukup besar (bersaiz 20mm), folikel akan pecah dan menghasilkan hormone progesterone. Jika ada kehadiran sperma (benih lelaki), benih wanita ini akan disenyawakan.

Apa terjadi jika seorang wanita mengambil OCP? Pil perancang sebenarnya mengandungi hormone estrogen dan progesterone. Pengambilan OCP  bermakna tubuh badan wanita itu dibekalkan dengan hormone estrogen dan progesterone dari luar. 

Tubuh akan “tertipu” apabila kadar kepekatan hormone estrogen dan progesterone semakin tinggi dalam badan kerana pengambilan pil perancang ini. Kenaikan kepekatan kedua-dua hormone ini akan memberikan ”negatif feedback” yang mengarahkan agar kelenjar pituitari  berhenti mengeluarkan hormon FSH dan LH. Seterusnya tiada lagi pembentukan folikel dan ova dalam ovari.

Maka jika tiada folikel, tiadalah ova (benih wanita). Walaupun dengan kehadiran sperma (benih lelaki) tanpa ova (benih wanita) menyebabkan suatu proses pembentukan janin terhalang. Inilah sebenarnya yang menghalang seseorang wanita itu dari hamil.

Setelah beberapa lama pengambilan OCP, wanita tadi berhenti pengambilan OCP. Namun kelenjar pituitary akan terus “ditipu” dengan menganggap darah masih lagi mempunyai kepekatan estrogen dan progesterone yang mencukupi. Pada hal kadar hormone dalam badan terlalu rendah untuk menyebabkan kitaran haids yang normal.

Sekali lagi kelenjar pituitari tidak akan mengeluarkan FSH dan LH, maka tiada penghasilan folikel dan ova. Maka tubuh akan terus ”dimandulkan” walau tanpa pengambilan OCP selain tidak mendapat kitaran haids yang normal.

Penderitaan seorang wanita menyebabkan dia bertanya-tanya di dalam diri, “sampai bilakah dia harus menunggu kedatangan haidsnya”. Jangan risau, selalunyakitaran haids akan kembali dalam masa tiga hingga enam bulan. Sesetengah wanita terpaksa menungu sehingga dua tahun untuk mendapat semula kitaran haids yang normal.

Walaupun dari segi teori agak sukar untuk mendapat anak akibat haids yang hilang itu, namun kemungkinan besar, dengan kudrat dan keizinan Allah, wanita itu boleh mengandung sebelum kitaran haids  menjadi normal. Kebolehan tubuh badan cuba mengawal dan mendapatkan semula kitaran haids adalah terlalu menakjubkan (dengan izin Allah).

Kadang kala seorang doktor yang mahir pun tidak dapat menentukan mana satu yang akan pulih dahulu: wanita itu menjadi subur (ovulate) semula atau kitaran haidsnya menjadi normal dahulu.

Apa yang harus wanita itu lakukan untuk mengusahakan ikhtiar dalam usahanya bertawakal? Dia seharusnya berjumpa dengan doctor pakar yang berkelayakan, agar diberikan rawatn yang sepatutnya.

Jangan biarkan kejahilan lalu membuatkan kita semakin jahil dengan mendengar “kata orang kampong” atau jiran yang tidak mahu bertangungjawab atas perkataannya? Adakah mereka akan bertanggungjawab atas rekomendasi (cadangan) yang mereka berikan pada wanita muda yang malang itu.

Adakah wanita yang malang semakin ditimpa penyakit yang pelik-pelik akibat mengikut nasihat “orang kampong” atau “jiran” atau “bidan tidak bertauliah” akan dibela oleh mereka yang memberikan cadangan? Saya amat berharap agar kejahilan kita tidak keterlaluan.

Jika seseorang wanita muda telah berhenti mengamalkan OCP dan masih lagi tidak mendapat kitaran haids yang normal, dan doctor telah mendiagnosa sebagai post pill amenorrhea , maka jangan risau. Banyakkan berdoa dan tetaplah dengan rawatan yang diberi.

Kemudaratan telah berlaku dan tidak perlu merasa menyesal. Keluh dan resah adalah mainan perasaan yang dibisikkan agar seseorang itu merasa takdir yng berlaku atas kesilapannya.

Berjumpalah dengan doktor yang pakar dan boleh dipercayai apabila kitar haids tidak menjadi normal setelah lebih setahun(dua belas bulan berturut-turut). Namun ada yang mencadangkan selepas menunggu selama enam bulu. Ini semua bergantung kepada kesabaran. Saya sendiri lebih suka kalau wanita itu menunggu selama setahun dan mengharapkan kedatangan kitar yang normal secara semulajadi, tanpa diberikan apa-apa ubat.

Selalunya doktor akan mencadangkan sejenis ubat (maaf saya tidak boleh memberikan prescripsi secara umum) yang akan merangsangkan kelenjar pituitary mengeluarkan semula FSH dan LH.

Ubat itu juga akan menghalang reseptor (sebagai receptor blocker) yang sepatutnya dirangsang oleh kehadiran estrogen di rahem (uterus). Ini akan menjadikan seolah-olah kandungan hormone estrogen dalam badan dalam tahap yang rendah, akibatnya kelenjar pituitary akan mengeluarkan FSH.

Dengan kehadiran FSH dalam tubuh, folikel akan dbentuk di ovari. Folikel akan membesar (dengan perlahan-lahan menaikkan tahap estrogen), akhirnya folikel itu pecah dan mengeluarkan ova (benih wanita) di samping mengeluarkan hormone progesterone.

Estrogen akan mengarahkan rahem (uterus) agar menyuburkan benih yang ditanam (jika telah ada persenyawaan). Oleh itu, teruskanlah mencuba mendapatkan zuriat dengan aktiviti jimak kerana dengan kudrat Allah, tiada siapa dapat menjangka bahawa wanita itu akan hamil.

Namun jika tiada persenyawaan, rahem akan mengeluarkan darah haids. Ini bermakna dengan sebab pengambilan ubat itu, kitaran haids wanita itu menjadi normal.

Susunan Dr Zubaidi Hj Ahmad. (260510)

Duromine

DUROMINE adalah pil diet dan merupakan ubatan yang memerlukan preskripsi. Ia adalah ubat yg digunakan untuk mengurangkan nafsu makan. Selalunya diberikan kepada mereka yg mempunyai risiko perubatan (medical risk) jika pesakit itu terus gemuk.

Duromine mengandungi phentermine (synthetic stimulant) yang bertindak di otak (Central Nervous System). Oleh kerana duromine mengandungi resine, phentamine akan keluar perlahan2 ke dalam darah. Oleh itu ianya bertindak sepanjang hari.

DUROMINE  harus diberikan kepada mereka yg BMInya >  30kg/m² dengan nasihat agar berat badan dikurangkan bukan saja dgn ubat, tetapi juga dgn senaman, diet yang betul (kurangkan makan berkalori tinggi).  Jika berat badan tidak dapat dikurangkan sebanyak 5% selepas memakan ubat selama 2 minggu, ianya haruslah dihentikan kerana tidak berkesan.

Pesakit yg tidak boleh memakan Duromine :

  1.  tekanan darah tinggi
  2. mengalami penyakit berkaitan dengan injap jantung.
  3. mengalami penyakit berkaitan saluran darah dalam otak
  4. mengalami masalah berkaitan dengan degupan jantung
  5. mengalami masalah saluran darah yang tersumbat.
  6. hyperthyroidism (overaktif thyroid).
  7. masalah mata glaucoma
  8. masalah psychiatric termasuk anorexia nervosa dan depression.
  9. mengandung (pregnant)
  10. menyusukan anak
  11. kencing manis
  12. sawan (epilepsy)

 

Berjumpalah dengan doktor jika :

  1. Terlalu cepat kehilangan berat badan
  2. Susah bernafas
  3. Sakit dada
  4. Pengsan/pitam
  5. Bengkak di mana2 kaki

 

Kesan sampingan :

  1. rasa berjaga dan alert, gangguan untuk tidur.
  2. kesan pada jantung : jantung berdegup cepat., tekanan darah bertambah tinggi., degupan jantung tidak sekata (irregular beat),  sakit dada, rasa resah (restless), rasa sangat gembira diikuti dengan rasa depressed dan penat
  3. berdebar-debar, tangan bergetar (shaking), sakit kepala, pening, muntah, loya, muntah, cirit-birit, kadang kala sembelit, sakit perut, mulut kering, mati pucuk dan tiada libido.

PONSTAN: Kesan Sampingan

KESAN PONSTAN PADA PERUT DAN USUS (Gastrointestinal)

Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang ( inflammation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau memberikan tanda-tanda awal.

Pesakit warga tua paling mudah mendapat kesan sampingan ini. Mereka yang mengambil aspirin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sakit sendi, dan akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepala dan sebagainya, akan mendapat masalah ini. Risiko adalah lebih tinggi jika dia juga perokok  serta mempunyai sejarah mengidap penyakit Peptic Ulser Disease.

KESAN PADA KULIT

PONSTAN juga boleh menyebabkan reaksi yang serius pada kulit, iaitu. exfoliative dermatitis, toxic epidermal necrolysis (TEN) dan Steven-Johnson syndrome. Tanda-tanda awalnya ialah ruam kulit, dan bengkakan pada sekeliling mata. Pesakit harus terus berjumpa doktor kerana ianya tanda alergik pada Ponstan yg amat teruk, dan boleh melibatkan nyawa.

KESAN PADA GINJAL

Ponstan juga dilaporkan boleh menyebabkan masalah ginjal jika diambil tanpa peraturan. Antaranya penyakit ginjal seperti   acute interstitial nephritis dan pendarahan dalam air kencing (haematuria), proteinuria, glomerulitis, papillary necrosis dan Nephrotic Syndrome. Pemeriksaan darah untuk ginjal (ie Renal function test) harus diperiksa secara berkala.

KESAN PADA HATI (LIVER)

PONSTAN harus diberikan secara berhati-hati pada pesakit yg mempunyai masalah dengan penghadaman dan fungsi dalam organ hati. Ini bermakna setiap bacaan SGOT dan SGPT dalam ujian darah bagi ujian fungsi hati sebanyak 2 kali lebih tinggi dari bacaan normal haruslah berhati-hati ketika menggunakan ponstan.

KESAN PADA SEL-SEL DARAH

PONSTAN 500 mg boleh menyebabkan prothrombin, iaitu komponen dalam darah yg bertindak dalam fungsi pembekuan darah menjadi rendah. Ponstan tidak boleh diberikan kepada pesakit yg mengambil ubat warfarin atau pesakit yang mempunyai kandungan kepekatan prothrombin yg berada dalam tahap 10-20% dari normal.

KESAN-KESAN LAIN

PONSTAN  juga harus diberikan berhati-hati kepada pesakit asthma. Bagi mereka yg mengamalkan ubat perancang, ada juga kajian menunjukkan kadang-kala ianya mengurangkan keberkesanan pencegahan kehamilan ini terutama bagi mereka yg mengamalkan IUCD.

KESAN PADA WANITA MENGANDUNG

NSAIDs menghalangkan pembentukan prostaglandin yg penting di akhir kehamilan, menyebabkan bayi dalam kandungan bermasalah. Antaranya penutupan saluran darah di jantung ( closure of the foetal ductus arteriosus), masalah ginjal, menyebabkan darah cair pada bayi, dan proses bersalin yg lama. Ponstan tidak diberikan terutama beberpa hari sebelum proses kelahiran.

PENGGUNAAN PADA IBU YG MENYUSUKAN ANAK

Sedikit kuantiti PONSTAN yang terdapat pada susu ibu yg memakan Ponstan , boleh tersebar pada bayi yg menyusu itu. Tidak digalakkan ibu mengandung yang menyusukan anak memakan PONSTAN sbg ubat tahan sakit.

PENGGUNAAN PADA KANAK-KANAK

Penggunaannya tidak digalakkan pada kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah.

Actifed

Apa itu Actifed dan kegunaannya?

Actifed mengandungi dua unsur iaitu chlorpheniramine dan phenylephrine. Chlorpheniramine adalah antihistamin yang mengurangkan pengeluaran natural histamnie dari mast cell di dalam badan. Histamine yg dikeluarkan akan menyebabkan bersin, gatal, selesema dan mata/hidung berair.

Phenylephrine pula adalah decongestant yang akan mengecilkan saluran darah dalam hidung. Saluran darah yg mengembang akan menyebabkan hidung tersumbat (nasal congestion/stuffy nose).

Actifed diberikan bagi melegakan selesema (common cold) dan seasonal allergi, mengurangkan simptom seperti bersin, gatal, selesema dan mata/hidung berair.

Bagaimana menggunakan Actifed?

Di Malaysia, Actifed dijual secara over the counter di farmasi, jadi bagus juga kalau saya beritahu cara penggunaannya.

Dosage untuk dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas: Satu tablet setiap enam atau lapan jam.Jangan mengambil lebih dari 6 tablet dalam masa 24 jam. Setelah ubat ditelan, haruslah minum segelas air penuh.

Bagi kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, penggunaaanya perlu dibuat secara berhati-hati mengikut preskripsi yang diberikan. Manakala bagi kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah tidak digalakkan, malah KKM tidak membenarkan langsung penggunaaannya. Ini kerana ada beberapa kes di mana kanak2 yang susah bernafas akibat selesema dan hidung tersumbat, tidak mampu menarik nafas (breathing suppression) akibat terlalu mengantuk kesan actifed. Lalu dia meninggal dunia dalam tidur.

Simpan ubat di tempat yang jauh dari kelembapan dan suhu yg tinggi. Jika terlepas (miss) dose yg sepatutnya, boleh ambil sebaik saja kita teringat. Namun jika masa sudah mendekati dose seterusnya, haruslah diambil dose yg berikut. Jangan menggandakan dose yg diambil utk menggantikan dose yg tertinggal.

Apakah tanda terlebih dose?

Terlebih dose (overdose) boleh menyebabkan loya, muntah, cirit-birit, sakit perut, masalah pengimbangan badan, sakit kepala, susah kencing, pening, rasa teruja (excited) dan rasa mudah marah (irritable), hallucinations (seakan melihat sesuatu yg tak ada), rasa pahit di mulut, bergetar tangan (tremors) kadang kala demam, dan sawan (seizure/convulsions).

Kesan sampingan Actifed

Ianya bergantung kepada individu. Kebiasaanya kesan sampingan actifed ialah

  • jantung berdegup laju
  • rasa pening dan pitam
  • rasa pedih perut, loya, munth, ceret beret dan kurang selera makan
  • hidung dan mulut kering
  • mata kering da pandangan berkabur
  • mengantuk, dan kadang kala rasa teruja (nervous and excited)

Namun begitu, Actifed adalah ubat paling mujarab bagi selesema dan hidung tersumbat. Cuma ia perlulah diambil dengan berhati-hati. Perhatian lebih berat perlu diberikan jika penggunaan adalah untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah.