Pelvic Pain: Adakah Perlu Dibedah Segera?

Normal physiology atau penyakit ?

Saya sangat simpati dengan wanita yang sering mengalami masalah sakit di bahagian abdomen bawah. Sebenarnya ramai wanita yang mengalami sakit perut (pelvic pain) dari masa ke semasa sepanjang hidup.

Kesakitan sebegini ada kalanya merupakan normal physiology seorang wanita seperti senggugut dan sakit ketika melahirkan. Kesakitan seperti ini menunjukan bahawa fungsi physiology mereka adalah normal. Namun ada juga kesakitan yang terlalu parah memerlukan rawatan segera dan pembedahan.

Saya berdoa setiap wanita muslimah diberikan kekuatan untuk menghadapi kesakitan seperti ini. Saya mengharap juga agar artikel ringkas ini dapat membantu wanita muslimah khasnya memahami kesakitan yang mereka alami.

Artikel ini berguna agar dapat membezakan antara kesakitan yang merupkan normal physiology atau kesakitan yang disebabkan oleh penyakit yang benar dan merbahaya.

Selepas ini dalam artikel ini akan menyebut kawasan perut (abdomen) di bahagian bawah sebagai pelvic. Kesakitan di bahagian itu pula disebut sebagai pelvic pain.

Reproduktif atau Non-Reproduktif organ?

Saya banyak merujuk kepada kuliah yang diberikan oleh Prof Dr Paul D. Indman, M.D, pakar Gynaecologist di Carlifornia, USA dalam artikel ini.

Untuk pengetahuan semua, banyak organ yang terletak di bahagian pelvis. Ada di antara organ itu terlibat dalam sistem pembiakan/reproduktif  (productive system).  Antaranya ialah  uterus (rahem), ovaries, fallopian tubes.

Terdapat juga organ yang tidak terlibat dalam sistem reproduktif, tetapi terlibat dalam sistem perkumuhan, sama ada system pembuangan kencing (urinary system) seperti punding kencing (urinary bladder), salur kencing ureter, salur kencing urethra atau ginjal kidney.

Begitu juga ada organ yang terlibat dalam sistem penghadaman (digestive system) seperti usus keci, usus besar colon, rectum dan  appendix . Organ-organ ini semua berada di kawasan yang sama.

Oleh kerana organ-organ ini berada d satu kawasa yang sama dikenali sebagai pelvis, maka jika kesakitan itu berasal dari organ bukan reproduktif kesakitan ini juga dirasakan seolah-olah berpunca dari organ reproduktif.

Terdapat juga kesakitan yang bukan berasal dari mana-mana organ, tetapi berasal dari otot dinding  abdomen (abdominal rectus). Jadi sakit di bahagian perut kadang-kala mengelirukan dan memerlukan skill dan teknik betu semesa pemeriksaan fizikal.

 

Pilihlah doktor yang boleh berkomunikasi

Oleh kerana itu berbincanglah dengan doktor yang puan percaya dan boleh berkomunikasi dengan baik. Saya percaya semua pakar gynaecologist adalah doktor pakar sakit puan yang bertauliah dan terlatih. Namun ianya bukan krieria unggul untuk memilih doktor.

Doktor harus ada masa untuk berbincang dengan pesakit tentang penyakitnya. Kebanyakan doktor yang terkenal dan berpengalaman mempunyai ramai pesakit. Mereka juga mungkin sibuk dengan sesi pembedahan, sesi consultation di bilik rawatan, menghadiri seminar, memberikan presentation di kalangan doktor-doktor lain atau menghadiri meeting hospital.

Ini tidak bermakna juga saya tidak mencadangkan doktor yang berpengalaman dan terkenal. Haruslah mengimbangi pemilihan itu agar penyakit puan dapat dijelaskan dengan baik.

Pesakit boleh meminta pendapat dari beberapa orang doctor lain sebelum keputusan itu dibuat, terutama yang melibatkan pembedahan. Pesakit boleh mendapatkan pandangan kedua, ketiga da keempat sehingga pesakit faham masalah yang dihadapinya.

Kekeliruan pesakit akan menyebabkan fikirannya akan lebih menderita dari organ dalam pelvic pain itu sendiri. Banyak kes-kes kemurungan di kalangan pesakit hanya kerana tidak memahami yang yang berlaku kepadanya.

Mungkin ada sedikit percanggahan pendapat di kalangan doktor, namun pesakit harus faham semua percanggahan akademik ini berlaku pada setiap bidang.

Malah di bidang agama juga, ada beberapa pendapat yang bercanggah namun harus diketahui substance bagi permasalahan itu tidak ada berubah. Semua ulama bersatu pendapat.

Begitu juga dengan bidang perubatan. Percanggahan pendapat hanya berlaku di sekitar cara rawatan saja, sama ada perlu dibedah atau tidak.

Seeloknya setiap pesakit mempunyai doktor peribadi  yang dikenali dan boleh dipercayai (trust). Jika pesakit mengalami masalah yang teruk dan memerlukan pembedahan, maklumkan kepada pakar Gyn atau doktor yang menjaga.

 

Apa yang perlu dibedah segera.

Kesakitan itu menunukkkan ianya adalah kesakiatan yang seiuos perlu dibedah dalam masa yang segera. Sebagai contoh ialah kehamilan di luar rahem yang sudah pecah (ruptured tubal pregnancy) atau appendicitis.

Kadang kala kesakitan pada pelvic mungkin menandakan ianya organ bermasalah dan memerlukan rawatan tetapi ianya bukan sesuatu yang urgent. Sebagai contoh endometriosis dan tumour fibroid yang semakin membesar.

Kesakitan yang disebabkan oleh sesuatu yang menjadi sebahagian daripada normal fungsi fisiologi reproduktif selalunya akan berakhir sendiri tanpa memerlukan rawatan . Kesakitan ini mungkin terlalu sakit tetapi ianya akan beransur pulih sendiri tanpa dirawat. (self-limited).

Di antaranya ialah yang selalu para doktor istilahkan sebagai  “functional” ovarian cyst. Ianya disebabkan oleh ovari akan memecahkan cyst yang normal (untuk mengeluarkan ovum).

Doktor mudah terangkap dengan melakukan pembedahan apabila pesakit mendesak doktor melakukan pembedahan kerana tidak tahan sakit atau desakan menggunakan kabel politik.

Desakan-desakan begitu akan membuatkan kedua-duanya, doktor dan pesakit merasa hampa apabila bila dibedah didapati bahawa organ di pelvisnya normal. Mungkin hanya disebabkan oleh kencing kotor (urinary tract infection) saja.

Pelvic Pain yang benar-benar kecemasan.

Pelvic pain adakalanya merupakan masalah yang serius. Tanpa rawatan yang segera ianya boleh mengancam nyawa. Rawatan segera yang saya maksudkan ialah pembedahan dalam masa 24jam atau kurang dari itu.

Antara masalah yang serius ialah ruptured tubal (ectopic) pregnancy. Ianya adalah hamil di luar rahem, iaitu di fallopian tube (tiub yang mengubungkan ovari dan uterus)

Kebanyakan wanita yang hamil luar rahem mengalami pendarahan seperti haid biasa,maka tidak menyangka yang dia hamil.

Bagi doktor yang kurang berpengalaman memeriksa pesakit akan terlepas pandang menyebabkan diagnosa ectopic pregnancy terlewat dan menjadi pecah tidaklama kemudian.

Setengah pakar O&G mencadangkan agar semua wanita dianggap sebagai mengandung dan harus diuji air kencingnya sehingga ianya dibuktikan sebaliknya. Ini termasuk Prof Dr Paul D. Indman,MD.

Kegagalan untuk melakukan ujian kehamilan bagi wanita yang hamil di luar rahem adalah sesuatu yang malang. Saya pernah mengalami peristiwa beberapa wanita yang kononnya tidak mengandung, berakhir dengan ujian kehamilan yang positif.

Apa yang perlu dilakukan ialah mungkin pemeriksaan ultrasound di awal kehamilan untuk menentukan kandungan janin (fetus sac) berada di dalam rahem.

Bagi mereka yang menghadapi ovarian cysts anganlah bimbang. Kebanyakan ovarian cyst tidak memerlukan pembedahan yang segera atau serta merta.

Cuma ada kalanya ovarian cyst mengalami simpulan (twist)  dan menyebabkan darah tidak sampai ke ovari. Jika ini berlaku, pesakit akan mengalami pelvic pain yang serta merta, kuat dan tidak tertanggung.

Pembedahan harus dilakukan segera, untuk menghuraikan simpulan itu. Jika dilakukan segera ianya berkemungkinan akan sembuh dan menjadi normal. Jika tidak, ovari akan “mati” dan perlu dibuang.

Ovarian cyst juga boleh pecah dan mengalami pendarahan dalaman, jika pendarahan terlu banyak, ianya boleh menyebabkan kekurangan darah. Namun jika terlalu sedikit, ada setengah doktor tidak melakukan pembedahan, jika pesakit itu berada dalam keadaan stabil dalam masa 24 jam.

Jangkitan kuman pada Pelvic

Jangkitan kuman chlamydia atau gonorrhea sekarang di Malaysia semakin berkurangan. Namun dengan kebanjiran pendatang asing ke Malaysia penyakit-penyakit kelamin ini sering muncul .

Penyebarannya melalui aktiviti seks. Seorang penghidap Gonorrhoea dari negara asing misalnya melanggani seorang pelacur, lalu menjangkitinya. Pelacur itu kemudian dijangkiti oleh pelanggan barunya iaitu rakyat Malaysia lalu menjangkitinya. Pelanggan baru itu pulang dan melakukan jimak beberapa hari kemudian bersama isterinya. Isterinya sekarang mengalami penyakit gonorrhoea.

Ianya harus dirawat segera jika tidak ianya menyebakan jangkitan kuman yang menyeluruh di bahagian pelvic. Untuk beberapa hari pertama, kadabg kala penyakit ini mungkin tidak menyebabkan demam. Namun jika pesakit mendapati ada lendiran yang kuning serupa nanah, harus segera berjumpa dengan pakar gynaecologist.

Jika ianya lambat didiagnosa, rawatan tidak dapat diberikan. Akhirnya ia menyebabkan kerosakan teruk pada organ pelvis. Selain kesakitan, organ pelvis itu mungkin tidak boleh berfungsi dengan baik.

Malangnya sikap org Asia yang malu untuk berjumpa kecuali jika ianya benar-benar teruk. Seorang doktor tidak boleh menjadi hakim dan menjatuhkan hukuman pada pesakit.

”Padan muka awak!” kata seorang doktor yang geram dengan seorang pesakit syphlis. Kata-kata itu tidak seharusnya diucapkan kecuali kata-kata nasihat dan hikmah apabila doktor itu sendiri mengetahui punca pesakit itu menderita penyakit itu.

 

Mendiagnosa adalah usaha yang mencabar

Kesakitan pada bahagian pelvis haruslah dirawat, untuk merawat pula diagnosa haruslah dilakukan dengan segera dan tepat.

Untuk mendapat diagnosa yang betul agar puncanya dapat diketahui, pesakit haruslah bersabar dengan doktor yang bertanya. Ianya adalah kaedah history taking yang biasa dilakuan ketika menemuduga pesakit.

Antara soalan yang akan ditanya doktor ialah :

Bila kesakitan itu mula dirasakan? Adakah ianya bermula sejam yang lalu, beberapa hari lalu , minggu atau beberapa bulan yang lalu?

Adakah kesakitan itu berkurang atau bertambah ketika datang haids?

Adakah hubungan jimak (sexual intercourse) menyebabkan kesakitan itu?

Adakah kesakitan itu tidak berapa parah, cuma merunsingkan? Atau kesakitan itu sangat parah sehingga mengganggu aktiviti seharian?

Adakah berisiko untuk mengalami penyakit kelamin (sexually transmitted diseases)

Adakah pesakit hamil atau berkemungkinan hamil?

Adakah faktor-faktor lain yang berkaitan yang menyebabkan pesakit merasa pelvic pain seperti makan? Berak ? Kencing? Atau pernah mengalami penyakit batu karang sebelum ini?

Pernahkah pembedahan dilakukan?

Pesakit dinasihatkan membawa rekod atau dokumen pembedahan lama atau ujian-ujian yang telah dilakukan oleh doktor yang terdahulu bagi memudahkan history taking ini.

 

Pemeriksaan juga menyakitkan

Selepas itu pemeriksaan di pelvis dilakukan. Kemungkinan alat kelamin akan diperiksa. Namun kadang kalanya pemeriksaan itu sendiri menyakitkan. Ianya perlu jika puncanya tidak dikenal pasti. Saya mengharapkan agar pesakit bersabar dengan pemeriksaan ini dan berbincanglah dengan doktor jika ianya terlalu menyakitkan. 

Sebagai contohnya jika doktor tidak dapat melihat imej imbasan dengan jelas ketika menggunkan mesin abdominal Ultrasound, mungkin dia akan mencadangkan pemeriksaan vaginal ultrasound. Bezanya tombol (probe) akan dimasukkan ke dalam vagina untuk melihat imej yang lebih jelas, terutama untuk mengesan kumpulan nanah di kawasan Pouch of Doughlas yang berada di bahagian paling bawah pelvis.

 

Bagaimana jika diagnosa masih tidak ditemui ?

Apa yang perlu ialah sokongan mental. Jadi doctor haruslah cuba mengujudkan rappo dengan pesakit agar kesakitan itu kurang dirasakan.

Pesakit harus banyak bersabar dan menyedari ianya adalah ujian Allah. Doktor bukannya tuhan yang menyembuhkan, maka jangan jadikan doctor itu musuh untuk bergaduh jika penawarnya belum ditemui. Doktor haruslah dijadikan teman/sahabat dlam usaha mencari penawarnya. Banyaklah berbincang.

Harus diketahui penyakit puan agak complex dan memerlukan pemeriksaan yang detail. Banyakkan doa dan membaca ayat-ayat RUQYAH. Amalkan zikir-zikir yang sahih berdasarkan hadis rasul s.a.w. Ini semua adalah usaha dan sangat membantu. Doa merupakan senjata bagi org islam.

Bagi suami, anak lelaki , abang atau adik lelaki pula haruslah bersabar untuk melayani permintaan mereka ketika minta dihantar ke hospital atau ke klinik. Fahamilah keadaan mereka. Mereka berjuang untuk sihat agar dapat menjadi isteri, ibu dan kakak yang lebih baik. Sokongan mental dari keluarga sangat penting.

Susunan : Dr Zubaidi b Hj Ahmad (190610)

http://www.facebook.com/drzubaidi

%d bloggers like this: