Ketagihan Caffeine?

Di Malaysia, Caffeine bukanlah dikategorikan sebagai sejenis ubat yg terkawal, walaupun sesetengah pakar perubatan menganggap ianya adalah bahan perangsang psychotropic.

Apa masalah yang biasa dihadapi oleh mereka yang biasa minum caffeine dan cuba menghentikan pengamalan itu secara mendadak?

Bagi mereka yang biasa mengamalkan caffeine, peminum/pengamal biasanya akan mengalami beberapa masalah (seolah-olah ketagihan) apabila cuba meninggalkan habit pengambilannya. Tanda-tanda ini dinamakan “caffeine withdrawal”.

Ramai telah mengakui apabila seseorang yang telah biasa mengamalkannya (minum caffeine setiap pagi), meninggalkan habit itu akan menjadikan diri tidak bertenaga, kekurangan inspirasi dan kadang-kala seperti ayam berak kapur apabila menunggu idea yang tidak muncul datang. (sama kesannya seperti nicotine dalam rokok).

Bagaimana seseorang boleh menjadi “ketagihan” tanpa dia menyedarinya?

Ramai yang tidak suka kepada istilah penagihan caffeine, namun tanda-tanda withdrawal itu sekurang-kurangnya telah menyebabkan golongan ini termasuk dalam golongan “kemaruk (craving) caffeine”.

Sebelum ini withdrawal caffeine ini dianggap sebagai penyakit psychosomatic, bermakna hanya “penyakit mainan perasaan” sehingga kajian di Hospital Johns Hopkins mendapati ianya adalah penyakit yang benar .

Untuk menjadi penagih caffeine, seseorang itu hanya meminum segelas kopi yang mempunyai caffeine, atau meminum minuman bergas yang mempunyai caffeine one caffeinated soft drink setiap hari. Semakin banyak caffeine yang diambil setiap hari, dan semakin banyaklah kesan yang diperolehinya terutama berkaitan dengan system saraf tunjang (central nervous system). Kesan inilah yang menyebabkan dia akan menjadi lebih cergas otaknya, bertenaga dan mempunyai idea yg banyak.

Pengambilan caffeine yang kerap (setiap hari) akan mengurangkan kesan sensiviti terhadap caffeine itu sendiri. Ini menjadikan penagih caffeine seolah-olah semakin immune terhadap kesan caffeine pada dirinya. Akhirnya penagih caffeine itu akan menambahkan pengambilan caffeine di dalam dietnya, jika tidak badannya tidak bermaya, lemah dan tidak berinspirasi. Akhirnya peningkatan dose caffeine yg semakin meningkat akan menyebabkan kesan pada sistem saraf tunjang menjadi lebih buruk. Ianya telah bertukar daripada kesan penggalak (stimulant) kepada kesan overdose.

Bagaimana fenomena “withdrawal caffeine” ini boleh berlaku?

Tanda-tanda withdrawal caffeine selalunya diakibatkan pengurangan kuantiti caffeine yang diminum dengan mendadak. Oleh kerana Caffeine adalah penggalak (stimulant) dan tubuh kita telah immune terhadap dose caffeine, untuk mendapatkan kesan yg sama, kita perlu menambahkan dose caffeine dalam minuman kita

Tanda-tanda bagi gejala begini ialah sakit kepala, nervousness, penat (fatigue) dan masalah tidur. Sakit kepala bagi penagih cafeine yang cuba mengurangkan dose caffeine dalam dietnya disebabkan tekanan darahnya menurun, menyebabkan pengaliran darah terus turun dari kepala. Sakit kepala selalunya diceritakan oleh pesakit sebagai doozy (pening). Kadang kala sakit kepalanya bukan hanya terlalu kuat tetapi berlangsung hingga ke beberapa hari. Namun menakjubkan apabila mereka berasa lega selepas memakan Ponstan 500mg.

Keletihan sebegini akan menyebabkan seseorang itu hilang tumpuan dan motivasi. Seterusnya ianya mengakibatkan keresahan, malah ada yang merasa mudah marah dan mood yang tidak menentu. Bagi mereka yang terlalu kronik boleh menyebabkan masalah kesugulan (depression).

Gelaja “Caffeine withdrawal” ini boleh berlarutan antara 12 hingga 24 jam, malah ada yang berminggu bergantung kepada kuantiti dan berapa lama dia meminum caffeine.

Cara paling baik untuk berhenti minum caffeine ialah menggantikannya dengan produk yang tiada caffeine (non-caffeinated or decaffeinated produk). Atau mungkin mengurangkan pengambilannya secara beransur-ansur.

%d bloggers like this: