Apakah Punca Bibir Kering?

 

Bagaimana keadaan bibir yang kering?

Ramai orang menghadapi masalah kekeringan pada bibir, malah mulut, bermula dari kekeringan biasa akhirnya masalah melarat menjadi luka dan kadang kalanya bernanah atau menjadi kuping (scaling).

Bibir yang kering lalu merekah dan menyebabkan luka mengganggu aktiviti seharian yang melibat bibir seperti senyuman, berciuman, makan malah ketika bercakap.

Saya cuba memaparkan kepelbagaian sebab terjadinya bibir kering. Perlu dibezakan antara bibir kering yang disebabkan oleh faktor non-infeksi dan faktor infeksi. Bezanya adalah kadar masa yang diambil untuk menjadikan bibir itu menjadi luka (atau bernanah).

Jika kekeringan bibir disebabkan oleh faktor non-infeksi (bukan jangkitan kuman), maka biasanya keadaan di mana bibirnya menjadi kering dan kemudiannya bertukar menjadi luka mengambil masa beberapa hari.

Namun jika ianya disebabkan infeksi, terutama virus herpes simplex, pesakit kadang kala tidak mengalami kekeringan bibir itu langsung. Apa yang disedari oleh pesakit adalah luka di bibir yang menyakitkan. Jangkitan herpes simplex ini juga menyebabkan luka selain di bahagian bibir, pada bahagian gusi dan juga kemaluan.

Sementara perleche adalah keadaan yang sering berlaku terutama pada warga tua dan pesakit diabetes mellitus, dimana ianya disebabkan oleh jangkitan kulat atau candida.

Selain merekah, bibir akan menyebabkan berkuping (scaling) di tepi bibir.  

Biasanya ianya muncul di sudut mulut, lembap berwarna agak kemerahan dan ada lepuhan putih yang pecah di situ. Akhirnya menyebabkan rekahan yang menyebabkan luka yang menyakitkan.

 

 Punca-punca kekeringan

Bibir akan menjadi kering apabila terdedah kepada suhu yang keterlaluan. Tidak kira sama ada ianya ianya suhu tinggi atau suhu yang terlalu rendah. Bibir boleh merekah dan menyebabkan ketidakselesaan. Bila keadaan ini berlaku, menggunakan pelembap bibir akan membantu mengurangkan kekeringan itu.

Kekurangan air (dehydration) yang sederhana juga akan menyebabkan bibir menjadi kering. Ramai yang menyangka dengan meminum air, seseorang itu boleh menyahidrasi. Namun berhati-hatilah dengan apa minuman yang kita minum. Meminum caffeine atau alcohol juga sebenarnya menyebabkan dehidrasi tanpa disedari.

Cara terbaik ialah dengan minum air secukupnya iaitu lapan gelas sehari.  Namun kita harus minum air jika keadaan lebih panas, ata melakukan aktiviti di luar rumah atau badan seseorang dikirakan obese.

Orang obese memerlukan air melebihi orang yang tidak obese kerana permukaan kulitnya yang lebih besar, menyebabkan lebih banyak air tersejat melalui kulit.

Kekeringan dan rekahan bibir turut dialami oleh orang yang cuba membasahkan bibir mereka dengan air liur sendiri. Mereka menyangka dengan ’menjilat’ bibir sendiri dapat mengekalkan kelembapan bibir. Sebaliknya ianya menyebabkan bibir menjadi lebih lebih kering.

Masalah keradangan (irritation) juga menyebabkan kekeringan bibir berlaku. Selain dari air liur (saliva), lipstick dan makanan juga boleh menyebabkan perkara yang sama.

Tanpa disedari makan yang dimakan mengandungi bahan yang seseorang alergik terhadapnya, lalu bibirnya secara tiba-tiba menjadi bengkak, kadang kala kering akibat alahan terhadap bahan itu. Ini menjadi isu serius bagi penghidap penyakit eczema.

Kehidupan di bandar kadang kala memerlukan seseorang itu bekerja dengan waktu yang panjang. Secara tidak langsung menyebabkan bibir seseorang itu kering.

Ini kerana stress dan kepenatan bekerja menyebabkan daya tahan tubuh (immune system) menjadi rendah. Maka senanglah berlaku jangkitan kuman di sekitar mulut dan bibir.

 

Bagaimana mengurangkan risiko?

Saya sering mencadangkan agar seseorang yang bibirnya mudah kekeringan agar memastikan air yang diminumnya setiap hari mencukupi. Selain ianya mengurangkan kekeringan pada bibir, air juga membantu bahan toksik (urea) dalam badan dibuang melalui air kencing. Jadi jangan risaukan kekerapan membuang air kecil. Kerana ianyanya membantu pembuangan toksik dalam badan.

Memakan makanan yang sihat (healthy diet) juga membantu memulihkan keadaan ini. Pastikan makanan yang dimakan mengandungi banyak zat  C, E dan B, serta elemen zinc, zat besi (iron) dan beta-carotene.

Rehat yang mencukupi dan senaman yang berterusan (regular exercise) akan menyebabkan tubuh mempunyai daya tahan yang kuat lalu menjauhkan serangan kuman.

Cuba elakkan memakan makanan yang mempunyai garam yang tinggi dan pedas. Bahan-bahan ini akan menyebabkan kulit bertambah kering.

Ada beberapa kajian menunjukkan ada sebahagian makanan menyebabkan phototoxicity, yang mana menyebabkan bibir akan menjadi terlalu sensitif kepada cahaya matahari. Apabila terdedah kepada cahaya matahari, ianya akan menyebabkan bibir menjadi mudah melepuh dan kering.

Buah-buahan jenis Citrus, beberapa jenis minyak masakan dan beberapa jenis ubatan kadang kala menyebabkan lepuhan (blister).

Begitu sesetengah ubat gigi yang mengandungi sodium lauryl sulfate, boleh menyebabkan kekeringan bibir.

 

Susunan : Dr Zubaidi b Hj Ahmad (26/06/2010)

http://www.facebook.com/drzubaidi

About these ads
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 34 other followers

%d bloggers like this: