Tubuh Berangin Atau REFLUX?

1000am 240310 Saya terpinga-pinga bila seorang tua memberitahu saya bahawa tubuh dia penuh dgn “angin”. Mulanya ingatkan dia bergurau. Katanya bila diurut tubuhnya, dia akan sendawa. Banyak angin yg dikeluarkan. Menurut logiknya tentulah angin akan keluar dari dalam otot/daging apabila dipicit. Agaknya dia membayangkan tubuhnya ibarat buah limau, apabila diperah jus limau akan keluar.

Namun sepanjang pengajian dulu, dan pengalaman saya melakukan dissection pada cadaver/mayat, melakukan post mortem pada mayat yg baru meninggal dan melakukan pembedahan pada manusia yg masih hidup, tak ada pula angin yg keluar bila kulit di toreh atau otot di potong. Ini semua adalah salah faham, apabila orang yg memberi nasihat dan pendapat itu bukan org yg berilmu dan ahlinya. Pelbagai tanggapan dibuat mengenai penyakit itu mengikut logik yg mampu difikirkan.

Saya percaya “angin” yg keluar ketika sedawa apabila badan dipicit/diurut itu disebabkan oleh reflex tubuh, kerana apabila kulit disentuh dan diberikan urutan, ianya akan merehatkan otot-otot perut lalu angin terus lari keluar melalu esophagus dan ianya dimanifestasikan sbg sendawa angin.

Apabila perut yg kembung dipenuhi oleh angin/gas, tentunya pesakit akan merasa lega jika angin/gas itu dapat dikeluarkan melalui cara ini. Pengeluaran gas dari perut/gastrik melalui esophagus secara aliran anti-peristalsis ini dinamakan GERD – GastroEsophagal Reflux Disease. Ianya disebabkan oleh sphincter (otot pengecutan) pada bahagian persimpangan (junction) gastric (perut) dan esophageal menjadi lemah atas banyak sebab.

Bilakah sakit dada merbahaya?

Apabila anda berada sakit dada, terutama yang berumur 35 tahun ke atas, mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi, kandungan kolestrol dalam darah yang ringgi (hypercholestrole) dan obesiti , serangan sakit jantung adalah punca utama.

Serangan sakit jantung (myocardial infarction) adalah keadaan yang sangat serius.  Clot (gumpalan) di saluran arteri jantung menyebabkan bekalan darah ke jantung menjadi berkurang atau terhenti sama sekali. Semakin lama keadaan ini dibiarkan semakin teruklah kerosakan pada otot jantung.

Bila ianya merbahaya ?

Jika selama ini anda selalu rasa kurang selesa di bahagian dada tetapi berasa reda/lega apabila anda rehat.

Ianya akan menjadi tanda serangan sakit jantung yang serius jika

  1. sakit dada menjadi lebih kuat
  2. sakit dada tidak berkurang dengan berehat
  3. sakit dada berlaku bila anda dalam keadaan rehat dan bukan dalam aktiviti atau emosi yang stress.

Maka dapatkanlah rawatan secepat mungkin. Pesakit yang mengalami sakit dada digalakkan terus ke hospital kerana kemudahannya lebih lengkap berbanding dengan klinik.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 34 other followers